Muzik-Muzik

Status Terkini

Online tak menentu.. Harap maklum.. ^_^

Followers

Mai Tinggai Jejak Sini

Teman Blog

Monday, 18 March 2013

ヅ SimSimi ヅ

ヅ Tak mau coret banyak.. Hahaha..



TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Friday, 15 March 2013

ヅ Tip Tidur Yang Mencukupi ヅ

ヅ TERATUR
Pastikan kamu mendapat tidur sekurang-kurangnya tujuh jam setengah mengikut waktu yang tetap pada setiap malam.
ヅ BANTAL EMPUK
Salah satu elemen yang membantu kamu mendapatkan tidur yang mencukupi adalah bantal. Pastikan kamu memilih bantal yang sesuai bagi mengelakkan masalah 'salah bantal' ketika bangun tidur pada waktu pagi nanti.
ヅ KUALITI BUKAN KUANTITI
Jika setiap kali kamu terjaga daripada tidur, tubuh berasa segar dan bertenaga, itu bermakna kamu mempunyai tidur yang berkualiti biarpun hanya lena selama enam jam sahaja.
ヅ SUASANA
Bagi memudahkan kamu tidur pada waktu yang ditetapkan, wujudkan suasana tidur yang nyaman dalam kamar. Mungkin kamu boleh menggunakan teknik bau-bauan (aromaterapi) atau mendengarkan muzik sambil membaca bahan bacaan ringan bagi mewujudkan suasana tenang sebelum tidur.
ヅ GAYA TIDUR
Posisi ketika tidur turut memainkan peranan dalam memastikan kamu mendapat tidur yang sempurna. Kedudukan tulang belakang dan tulang leher perlulah selari bagi mendapatkann posisi tidur yang betul.
sumber: com.kesihatan
#time update aku baru bangon, loteh punya pasal haaa... *_*
Selamat membaca ヅ

TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Thursday, 14 March 2013

ヅ No Tittle ヅ

ヅ  Tak taw nak update pe.. Banyak story tapi aku letih nak mikirnye.. Huhu.. I need rest-time lorh.., Sangat-sangat letih T_T ... Nak masuk dalam washing machine la.. Refresh siket badan ney.. Uuuwwaaa.. Hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa beratnya bebanan ney.. I think i need a new job.. Urmm T_T .. Dalam hati rasa nak sambung study.. Dalam otak nak cari kerja yang betol-betol/tetap.. Belajar takat diploma je, engat nak buat degree tapi .., dilema .. 
Hamba Allah ney memerlukan KEKUATAN dari-Mu YaAllah .. 
hensem kan mydaddy <3
aku banyak cakap#cakap tanpa henti#gila camera ^_^
buat-buat ayu ヅ 
muka bosan#test duckface#haha
kbye ヅ 



TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Tuesday, 12 March 2013

ヅ Dapatkan Tidur Berkualiti ヅ

ヅ Kali ney aku nak kongsi artikel tentang TIDUR.. Ramai anak-anak muda yang suka tidur lewat, bangun lambat.. Termasuk aku. 
****
Mudah berasa latih, lesu, kurang motivasi, tidak dapat memberi tumpuan, murung, dan berat badan betambah antara gejala yang menunjukkan kamu mengalami masalah kekurangan waktu tidur yang berkualiti.
Biarpun ada yang beranggapan masalah kekurangan tidur itu bukan isu besar, ramai tidak menyedari bahawa otak kamu sentiasa sibuk melakukan penyelenggaraan fizikal dan mental bagi memastikan tubuh kamu kekal bertenaga pada keesokan hari.
Jika kamu menghadapi masalah untuk mendapatkan tidur yang mencukupi, ubahlah gaya hidup kamu dengan melakukan pola tidur yang sihat.
Panduan berikut diharapkan dapat membantu kamu memulakan hari esok dengan lebih bertenaga dan cergas.
MITOS DAN FAKTA TENTANG TIDUR

Mitos 1: Jika kamu kurangkan waktu tidur selama satu jam pada setiap malam, ia tidak akan menjejaskan aktiviti pada waktu siang. Bagaimanapun, keupayaan kamu untuk berfikir secara rasional dan bertindak balas dengan cepat berkemungkinan akan terjejas. Malah, kesihatan kardiovaskular, keseimbangan tenaga dan keupayaan untuk melawan jangkitan turut mendapat kesan.
Mitos 2: Setiap seorang mampu menyesuaikan jadual tidur yang berbeza dengan cepat. Kebanyakan orang, mampu menetapkan semula jam biologi mereka dengan pantas jika berlaku perubahan waktu antara satu hingga dua jam dalam sehari. Bagaimanapun, seseorang itu mungkin mengambil masa lebih daripada seminggu untuk menyesuaikan diri selepas merentasi zon masa atau beralih syif malam.
Mitos 3: Tambahan waktu tidur pada waktu malam boleh menyelesaikan masalah keletihan pada waktu siang. Sememangnya, waktu tidur adalah penting. Namun, apa yang lebih penting adalah kualiti tidur tersebut.  Sesetengah orang mendapat tidur antara lapan hingga sembilan jam setiap malam tetapi masih berasa tidak cukup rehat kerana mempunyai kualiti tidur yang rendah.
Mitos 4: Kurangkan waktu tidur pada hari bekerja dan menggantikan pada hujung minggu. Tindakan itu hanya menyebabkan kitaran jam biologi terjejas dan menyukarkan waktu tidur pada malam ahad serta terlewat bangun pada pagi isnin.

p/s: Lepas ney kena ikut la ye.. Termasuk aku :P

sumber: com kesihatan

TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Sunday, 10 March 2013

ヅ NuffnangX ヅ

ヅ JANGAN LUPA FOLLOW NUFFNANGX (kecikanis) YE.. DAN JANGAN LUPA KLIK SAMA PADA PENAJA TU YE :) TERIMA KASIH ^_^v ...

TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

ヅ Part-II Island Hopping ヅ

ヅ Haii blogger!.. Masih engat pada entry sebelum ney? PART-I ISLAND HOPPING.., Engat tak? Haa., ney sambungan dia.. Hehe.. Entry ney sebenarnya dah lama nak masukkan tapi malas nak mengEDIT pic.. Hehe.., So ., ney picNYA.. Time ney kami pergi PULAU BERAS BASAH.. Now... Jom kita enjoy.. Hahaha..
*
*
*
Ok... Done all ^_^ .. Best taw.. Insyaallah kalau ada rezeki nak pergi lagi :)
Lepas p pulau beras basah, kami lalu tempat eagle feeding .. Hehe.. Nanti kamu semua boleh pergi ^_^..  Then kami balik.. Hoho.. Lepas tu aku masuk kerja.. Fuhhh... Lotih baq hangggg!!!!.okbye.. wasalam... :)

TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Monday, 4 March 2013

ヅ Harapan Muslimah buat Mujahid Rahsianya ヅ


Harapan muslimah buat bakal zauj yang dirahsiakan Allah :

Wahai seseorang yang telah tertulis dalam lauhul mahfudz, imam ku dan ayah dari anak-anakku, engkau yang akan bersama melalui perjalananku nanti...

Aku percaya kau sedang memperbaiki dirimu, melayakkan dirimu untuk menjadi imam bagi tulang rusukmu dan buah hatimu kelak.

Aku percaya kau sedang menempah dirimu dalam beribu dugaan dengan meletakkankan dirimu sendiri pada medan dakwah dan masalah ummah... Mencampakkan jauh egomu, membaktikan dirimu untuk ummah.

Aku percaya kau sedang mengkaji, kau sedang belajar, belajar ilmu dunia dan ilmu akhirat, yang akan kau gunakan dalam mendidikku dan buah hati kita nanti.

Aku percaya Al-Qur'an selalu ada dalam hatimu, selalu terucap dari bibirmu dan zikir selalu terlafaz menemani langkah jihadmu.

Aku percaya kau sedang menundukkan pandanganmu, menjaga hatimu dan mencampakkan hawa nafsumu.

Aku percaya kau sudah merancang hidupmu, hidup kita, keluarga kita, nantinya juga untuk dakwah, untuk ummat, dan hanya keranaNya.

Aku percaya, kau sedang melayakkan diri dan terus memperbaiki diri disana, di belahan bumi manapun kau berada.

Dan harapan wanita kepada dirinya sendiri :

Aku pun begitu sayang.

Aku sedang belajar, belajar menempah diri, menjauhkan egoku demi ummah, membaktikan diriku untuk orang lain,agar baktiku padamu juga sempurna.

Aku sedang belajar, meniti dakwahku, meniti cita-cita duniaku, meniti cita-cita akhiratku, agar kelak keluarga islami dan keluarga Qur’ani yang aku inginkan nanti dapat kubangun bersamamu.. Kerana kau tahu? Meskipun kau imamku, ibu adalah madrasah pertama bagi mujahidah kecilnya nanti.

Aku sedang belajar menjaga diri, menjaga pandangan dan hatiku, agar ketika kau memiliki hati ini, hati ini masih utuh sempurna hanya untukmu.

Aku sedang menempah diri, untuk menjadi seorang Khadijah untukmu, yang menjadi tempatmu mengadu resah.. Seseorang yang kau datang padanya, saat kau tak tahu lagi akan datang pada siapa.. Seseorang yang menguatkanmu dan menggenggam selalu tanganmu dalam perjalanan jihadmu.

Aku pun ingin menjadi ‘Aisyahmu, seorang yang membuatmu tersenyum dan kembali ceria saat penatmu mulai datang, seorang yang menyerap ilmu darimu dengan sempurna dan membenarkan apa-apa yang salah dalam lakumu, seseorang yang mencintaimu dengan cemburunya, namun kau rasakan sakitnya, saat ia tersakiti, hingga kau katakan pada yang lain “Janganlah kau sakiti aku dengan cara menyakti ‘Aisyah”.

Aku ingin menjadi Fatimah, yang tak kau bagi cintamu pada yang lain.. Bukan kerana aku tak percaya kau tidak dapat berlaku adil, tapi kerana aku ingin mencintaimu dengan sempurna, tanpa diganggu oleh cemburuku, itu saja.

Tak kalah lagi, aku ingin menjadi seperti Hajar, yang tak gentar saat kau tinggalkan di padang pasir tandus dengan seorang bayi dipelukan. Tak takut akan kehilanganmu, kerana keyakinanku pada Rabbku lebih besar daripada yakinku padamu, cintaku padamu tak akan mengalahkan cintaku pada Rabbku. Usahaku ini tidak mudah sayang, begitupun usahamu. Ku yakin itu, maka tetaplah dalam jihadmu. Tetaplah dalam usahamu. Tetaplah dalam ikthiarmu. Aku yakin kau kuat disana, dan doakanlah agar aku juga kuat di sini dalam jihad dan ikhtiarku, bawalah aku dalam tiap doa dan sujudmu, ku mohon kerana doa yang dapat menolongku hingga saatnya, kita bertemu dalam ikatan suci menyempurnakan separuh deen dan kita akan melanjutkan jihad kita bersama dan nanti, terimalah aku apa adanya jika aku belum dapat menjadi Khadijahmu, ‘Aisyahmu atau bahkan menjadi seperti Hajar tetapi bimbinglah aku menjadi seperti mereka dan kita bimbing bersama mujahid muda kita nanti untuk melanjutkan perjuangan dakwah ini..

Khas untukmu yang ada disana, kuatlah. Dan bersabarlah, bawalah aku dalam doa dan sujudmu, agar cinta kita nanti, hanya keranaNya. Aamiin...


TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK