Halwa Telinga

Status Terkini

Online tak menentu.. Harap maklum.. ^_^

Followers

Mai Tinggai Jejak Sini

Teman Blog

Tuesday, 19 March 2013

ヅ Serlahkan Tarikan Bibir ヅ


ヅ Hati siapa tidak tertawan melihat bibir yang manis menawan ketika menguntum senyuman.
Sebagai cermin kepada kecantikan diri, kamu perlu memastikan anggota tubuh yang sering menjadi perhatian ramai itu sentiasa berada dalam keadaan sihat dan menarik.


Jesteru, segala masalah termasuk bibir kering, pecah serta hitam perlu diatasi segera. Ini kerana masalah itu boleh mencacatkan penampilan kamu yang mana ia juga boleh membuat kamu terdedah kepada jangkitan mulut.
Berikut beberapa rahsia kecantikan turun-temurun yang mudah dan masih praktikal untuk kamu amalkan bagi mendapatkan bibir yang merah dan berseri.



PUNCA BIBIR KERING DAN HITAM

1- Kulit tipis yang melindungi bibir amat sensetif pada benda asing (kosmetik) dan apabila dilapisi dengan gincu yang tidak sesuai, ia akan menyebabkan warna bibir menjadi gelap.


2- Cuaca yang tidak menentu seperti panas terik atau terlalu sejuk juga boleh menyebabkan bibir kamu menjadi sensetif.


3- Salah satu cara untuk mengetahui kamu mengalami dehidrasi atau tidak adalah melalui bibir. Jika terdapat gangguan dalam keseimbangan cairan atau air di dalam tubuh, bibir kamu akan menjadi pecah.


4- Gemar menjilat bibir untuk melembapkan tetapi tabiat itu hanya akan membuat bibir menjadi semakin kering.


5- Merokok juga menjadi punca bibir kelihatan hitam. Kandungan bahan kimia yang terdapat di dalam rokok menyebabkan sel-sel darah merah yang mati akan mengeluarkan pigmen dan berkumpul pada bibir.



TIP PENJAGAAN BIBIR
1- Bagi kamu yang mengalami masalah bibir kering, jangan abaikan penggunaan pelembap bibir pada setiap hari. Gunakan pelembap yang dapat melindungi daripada sinaran ultra ungu. Selain melembap, penggunaan salap dapat memerahkan bibir.


2- Ketika membeli gincu, perhatikan dahulu label kandungannya. Pilihlah gincu yang mengandungi emolien, pelembap serta bahan-bahan semula jadi.


3- Daripada menjilat bibir untuk melembapkannya,  lebih baik basahkan bibir dengan air putih. Jadi, jika kamu merasakan bibir menjadi kering, cukuplah sekadar meminum air putih untuk membasahkan bibir.


4- Sebelum tidur, jangan lupa membersihkan bibir bagi menyingkirkan bahan kimia yang terkandung di dalam gincu.


5- Banyakkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran. Pilihlah sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengadungi vitamin C, B, E dan  mineral. Kadar air  yang terdapat pada bibir juga membantu tubuh terhindar daripada dehidrasi.



PETUA

Melembapkan bibir
Rendam satu uncang teh di dalam cawan, kemudian angkat uncang tersebut dan biarkan sejuk. Letakkan uncang teh tadi di atas bibir dan biarkan selama lima minit. Setelah bibir dibiarkan kering kira-kira sepuluh minit, barulah dibersihkan.


Bibir kering dan pecah
Bancuh air suam bersama gula merah dan sedikit asam jawa. Minum air campuran tersebut. Amalkan beberapa kali dan lama-kelamaan masalah bibir kering dan pecah akan beransur pulih.


Memerahkan bibir
Selain mentega, kamu juga boleh menyapu madu lebah asli pada bibir setiap malam sebelum tidur dan lakukan setiap hari untuk mendapat bibir merah secara semula jadi.


*sumber: utusan malaysia..


TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK