Halwa Telinga

Status Terkini

Online tak menentu.. Harap maklum.. ^_^

Followers

Mai Tinggai Jejak Sini

Teman Blog

Monday, 4 February 2013

ヅ PERMAINAN ZAMAN KANAK-KANAK 90-an ヅ


ヅ Entry kali ney aku nak cerita pasai zaman kanak-kanak dulu.., Erkkk... Mean permainan  zaman kanak-kanak aku dulu... Dulu dan sekarang sangat-sangat berbeza ye permainan mereka.. Apa taknya.., dulu main masak-masak dan bagai., kanak-kanak zaman sekarang tahu ke main semua tu???  Yang aku tahu zaman sekarang semua hujung jari,. Main angry bird dan bagai, kanak-kanak zaman sekarang dah pandai IT..., handset, i-phone, i-pad, tab, laptop dan bagai.. Sangat-sangat berbeza kan??? Bercerita tentang permainan kanak-kanak.., aku nak cerita time aku kecik-kecik dulu apa yang aku suka main.. Hehehe..,

1)           Masak-masak
*bahan-bahan mainan:
-pasir (jadikan nasi)
-daun setawar (jadikan ikan)
-daun puding (jadikan ikan)
-bawang babi/hutan (jadikan bawang)
-halia hutan (jadikan halia)
-telur
#guna api betul-betul dan barang-barang dapur seperti kuali, periuk, pinggan, mangkuk, dan bagai aku guna barang untuk pergi laut yang arwah tokwan aku..
#main bersama paksu, kakak, adik dan sepupu..

2)           Doktor
*bahan-bahan mainan:
-pensil tekan/tip-tip (jadikan jarum)
-gam (jadikan ubat)
-bear (jadikan pesakit/baby)
-cekak rambut (jadikan alat doktor)
#guna barang-barang sekolah..
#main bersama paksu, kakak, sepupu..

3)           Polis
*kejar-kejar , siapa dapat kena jail.. Hahaha.. (sangat lawak time tu) then jadi penjahat..

4)           Lompat tikus
*main seberapa ramai,. Bukak jari dan susun dari bawah sampai atas dan tinggi lalu lompatttt... Hehehe..

5)           Galah panjang
*kawasan lapang depan rumah tok., lukis petak dan main..  (takkan ampa tak pernah main kot)... Ada dua group.. Kena lalu kawasan yang dijaga musuh jangan sampai kena.. Hehe...

6)           Jengkek
*lukis kat tanah rata, ambik batu.. Jengkek la macam-macam stail.. Hohoho,..

7)           Batu seremban/batu sambut
*guna 7 biji batu.. Main sebayak mana boleh.. Hihi..

8)           Aci chuppp
*Siapa kena, dia la harus kejar musuh dan si musuh kena lari dan boleh duduk dan say “chupp”.. dan haruslah sentuh si musuh tu... Hahaha..

9)           Pepsi Cola
*main pijak-pijak kaki, kalau kena outtt.. hahaha  “pepsi cola, sapa kena dia yang jadi, 1-10”.. Hihihi..

10)         Nyanyi/berlakon/make up
*yang ney lawak... Tak boleh lupa zaman dulu-dulu.. hahaha..

11)         Kawen
*part paling lucu.. hahaha... soo sweet ^__^

12)         Cikgu
*bahan-bahan mainan:
-buku/majalah
-pen
-kapur (ambik kat skolah dan conteng almari)
-pembaris
-kasut tinggi (ambik yang mak untuk mengajar)
-tudung (yang mak jugak)
-remote (jadikan handphone)...
#main dengan kakak.. Hahaha.. Mentang-mentang mak cikgu.. (teringin la tu nak jadi)

13)         Aci sembunyi
*undi sapa kena dia jadi.. Dia kena bilang then cari orang.. Hahaha..

14)         Datuk harimau
*harimau nak makan anak ayam.. Hahah..

15)         Army
*tebang pokok main perang-perang.. (time ney aku masih ingat, main dengan pisau tajam, nak tetak dahan last-last aku tetak jari aku.. Fuhhh.., tunggu lagi. Darah keluaq macam ayaq,. Nasib aku diam.. Hahaha.. Parut tu masih kekal dijari telunjuk kanan aku..

16)        Zero point
*bahan-bahan mainan:
-gelang getah (beli kilo)
*ikat sampai panjang dan main lompat dan bagai.. Bestt.. Hihihihi...

17)       Anak patung
*anak patung barbie/baby.. Main jadikan anak.. Hahaha....

*
*
*
*
#sebenaqnya banyak lagi permainan time aku kecik-kecik dulu,. Ney antara permainan tu la.. Kan best kalau permainan ney diteruskan sampai sekarang.. Alhamdulillah .., antara permainan kat atas tu dah jadi sebahagian kerja aku.. Masak-masak.. Hehehe.., insyaallah akan jadi pemilik restoran di masa akan datang.. Dan kawen akan aku berkawen suatu hari nanti.. aminnn ^___^ ..


TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK