Muzik-Muzik

Status Terkini

Online tak menentu.. Harap maklum.. ^_^

Followers

Mai Tinggai Jejak Sini

Teman Blog

Wednesday 13 July 2016

Ana uhibbuka fillah ilal Jannah ya Zauji


Kali ni nak share kisah suami isteri yang begitu bahagia.. hanya untuk perkongsian yang di ambil dalam blog juga.. copy dan share ..

Ana uhibbuka fillah ilal Jannah ya Zauji

"Ada sepasang suami isteri, dimana sang isteri adalah wanita yang sangat amat cantik, tanpa aib sedikit pun. Suaminya sangat mencintainya, begitu juga isterinya.


Di waktu itu sedang marak tersebar penyakit kulit, yang akibatnya merosakkan keindahan kulit. Sang isteri merasa dirinya hodoh dan wajahnya mulai hancur dimakan penyakit. Dikala itu sang suami sedang berada diluar dan belum mengetahui bahwa isterinya terserang penyakit kulit tersebut.

Dalam perjalanan pulang, sang suami mengalami kemalangan yang membuatnya menjadi 'buta'.

Dari hari ke hari, sang isteri yang pada mulanya seperti bidadari berubah menjadi wanita yang amat hodoh dan menyeramkan, namun sang suami tak dapat melihat dan kehidupan mereka berjalan seperti biasa dengan penuh kasih sayang dan cinta seperti awal mereka menikah.
Βerjalan 40 tahun, sang isteri meninggal dunia. Sang suami sangat bersedih dan merasa kehilangan. Di perkuburan, sang suami adalah orang terakhir yang keluar dari kuburan sang isteri. Ketika berjalan, datanglah seseorang menyapanya, "Abg, abg nak kemana?"Jawab sang suami, "Saya nak balik."

Мendengar jawapan tersebut, orang tersebut bersedih dengan keadaan sang suami yang buta dan berseorangan. Lalu orang tersebut berkata, "Bukankah abg buta dan selalu bergantung dengan isteri abg? Sekarang mcm mna abg nak balik seorang?"

Jawab sang suami, "Sebenarnya saya tidak buta. Selama 40 tahun saya hanya berpura-pura buta. Semua ini saya lakukan supaya tiada air mata dan kesedihan pd isteri saya. Saya tahu isteri saya hodoh dan ada penyakit kulit, tapi ianya tidak menjadi masalah kerana saya sangat mencintai nya." "
Allahurabbi. Terjatuh airmata. Alangkah indah nya cinta kerana Allah. Kekurangan pun boleh buat2 tak nmpak. Siap mngaku dri buta. Allah Allah. 😢Saya yakin jika kita bercinta dengan cara yg halal, kerana Allah, pasti dan pasti Allah akn kurniakan kita kluarga yang sakinah mawaddah warahmah. :')



***Demi Allah. Aku sangat mencintai si dia yang sudah halal bagi ku. Aku mencintaimu suamiku. Kerana Allah. Terima kasih kerana menerima kekurangan diri ini. Terima kasih atas pengorbanan mu. Terima kasih kerana masih bertahan bersama isteri mu yang 'berolah'. Terima kasih atas segala-gala nya. Semoga Allah kurniakan kita keluarga yg sakinah, mawaddah wa rahmah. I ❤ you ilal jannah....


TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Wednesday 22 June 2016

ヅ Cerita Hidup Aku ヅ

 hai dah lama gila aku tak masuk blog aku ney, 
dah bersawang habis ney.. 
last bulan 10 tahun lepas,. haha

kat sini aku nak cerita macam2 tentang kehidupan aku. 
aku rindu nak berblog..
ye lah dulu rajin ja dok menulis,.

ehem3,.. sebenaqnya aku dah sah jadi zaujah kepada zauj aku..
camna kami boleh kenal.. panjang cerita dia sebenaqnya. 
tapi tak pa, aku rajin nak cerita gak ney.

kisahnya terjadi tahun lepas.
aku jumpa zauj aku pon kat tempat aku merantau ney gak.
satu ja niat aku mai merantau ney.
aku nak keja, ye lah sebab aku mai sini sebab aku ada training.
training dominos, katanya nak bukak kat langkawi 
tapi bila dah lulus tetiba bos cakap langkawi tak jadi bukak.
so dengan berat hati aku terima je lah keja kat situ, 
tapi tak lama sebab tak tahan balik lewat.
dalam beberapa hari aku pindah keja, 
aku keja kat kedai spec mata, 
kat situ best sebab dapat belajaq check mata orang.
belajaq pasai lens bagai. aku keja dalam beberapa bulan ja.
 pastu aku dapat daikin (zauj yang tolong carikan)

kisah aku kenal zauj aku ney masa aku keja kedai spec tu. 
kami jadi kawan.
dia tak cakap banyak, nak kata romantik tu tak la, 
yelah sebab kawan.
mula jumpa dia (first dating as friend)
 kat kedai mamak tempat aku keja dulu tu.
da punya petah bercakap macam keta api. 
aku dalam hati, apa lah mamat ney, tak lenguh ka mulut tu.
biasa la dia dah biasa dok cakap ngan client dia.
pastu dating kedua, dia ajak teman p hantaq dokumen kat kilang.
lepas tu dia ajak lepak kat pantai kat sepang time tu.
borak p borak mai dia tanya hal peribadi. dia habaq kisah dia jugak.
pastu dating ketiga kat kedai mamak. dia cerita dah serius hal2 dia, 
termasuk komitmen dia. masing2 kami setuju. 

bila dah setuju, aku belum cakap ke family aku lagi. 
cuma dia ja yang cerita dan satu malam tu dia bawak 
jumpa mak dia kat kedai,.
kami makan and sembang semua. 
aku ney dah jenih malu2 kucing.haha

sampai masa aku habaq kat family aku time kat langkawi, 
aku takot nak cerita sebab tak pikiaq nak nikah.
depa semua ok.

kami bincang tarikh nak merisik.
plan nak merisik hujung bulan 12 tapi lain terjadi.
23.12.2015 family aku memang mai shah alam kat kak aku,
so kami bertunang masa tu. kami buat biasa2 ja.
alhamdulillah selamat semua.



kami diijab kabul 27.05.2016..
dua kamli lapas sebab tok kadi kata tak elok guna "aku".
so kena lah ulang.
alhamdulillah aku sah jadi zaujah buat zaujku naswin.


family perempuan


family lelaki


adik2 dan along


dan 28.05.2016 majlis bersanding.

pengapit


adik dan ayah


family perempuan


family lelaki

family paklong (perempuan)

tok dan maksu paksu

kami



kalau nak ikutkan banyak lagi aku nak letak. haha.. 

biasa saja kisah aku dan dia.. aku kenal tak lama. sekejap saja.
Allah hilangkan orang yang kita suka dulu ada hikmah. Allah munculkan zauj aku untuk aku.. insyaAllah sampai syurga.. aminnn..

terima kasih sebab baca kali ney.. sayang uoll..
selamat berbloging 






TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Friday 30 October 2015

Kotak Hati


Lama tak masuk gua ney.. agak lama tak blogging and blog walking... 
apa kabar silent readers kat cney eh.. rasa nak coret sket kisah aku selama aku tak berblog ney.. 
aku sekarang merantau, kononnya nak berdikari.. alhamdulillah ok cuma macam-macam dugaan mai.. pahit manis tawar kelat masam dalam hidup aku ney selama aku jauh dengan family ney.. aku cuba untuk bertahan.. tapi hati ney masih kat langkawi.. dannnnn aku kenai macam-macam perangai orang kat cney cuma perlu hati-hati.. nak hidup jangan ganggu orang baru senang nak buat keja.. kannnn????? 
dan aku pernah jatuh. , aku cuba kuatkan hati.. aku cuba melawan.. alhamdulillah semua ok..
Ok laa.. rasa banyak nak kongsi cuma tetiba macam tak dak idea pulak..
"SAKIT itu ALLAH yang tahu,
Ya ALLAH peritnya dugaanMu,
Aku tak mampu nak hadapi lagi,
Kuatkan hati aku Ya ALLAH....
Syafakillah wahai hati..
Latahzan innallaha ma'ana..
La yukallifullahu nafsan illa wus'aha."
WASSALAM...

TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Wednesday 20 May 2015

ヅ H A T I ヅ



ヅ Hati yang Busuk akan diTerjemahkan dengan perbuatan yang Buruk...
Hati yang Baik akan diTerjemahkan dengan perbuatan Baik...


Hipotesis: Semakin Bertambah Baik Hati, Semakin Bertambah Baik Perbuatan...

Hubungan Antara Hati Dan Perbuatan adalah Berkadar Terus....

Kesimpulan: Hipotesis Diterima..


TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Friday 3 April 2015

TIDAK vs YA!

Cemburu????
Lidah- tidak, kenapa untuk aku cemburu??? aku bukan kenal siapa dia..
Hati- ya, aku sangat cemburu.. sebab aku kenal hati dia..
Marah????
Lidah- tidak, bukan salah dia yang aku nak marah dia..
Hati- ya, marah sebab masing-masing diamkan selama ini..
Sayang???
Lidah- tidak, just anggap kawan saja..
Hati- ya, aku mula sayang sebab aku mula kenal hati dia..
Lepaskan???
Lidah- ya, aku lepaskan,. itu yang terbaik buat aku dan dia..
Hati- tidak, aku tak sanggup..aku mula sayang dia..
HATI ATAU LIDAH YANG TERBAIK???
INSYAALLAH PASTI ALLAH AKAN TUNJUK JALAN SUATU HARI NANTI...
                                                                           -cikanisroslee90/03042015/0143am-

TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Wednesday 18 February 2015

ヅ Bercelaru..Dilema.. ヅ

ヅ Salam maghrib..hari ney aku aku nak menaip ikut jari aku saja...nothing special,tapi aku tak faham kenapa dengan aku sejak dua menjak ney..mesti nak angin & moody dengan orang...aku tak tau apa yang aku tengah fikir..aku cuma rasa otak aku ney sangat-sangat serabut..otak aku bercelaru...hati aku dilema..aku tak fahammmmmmm..kadang aku rasa happy, kadang aku rasa sunyi...kadang aku perlukan teman untuk aku senyum..
Takkan hati aku dah mula  rasa keras??? takkan hati aku dah mula kosong??? Apapun aku cuba tabah untuk hari ney...hati aku mula nanges..aku tak mampu nak senyum macam dulu..mungkin aku boleh senyum tapi hanya senyuman yang kosong..kenapa aku jadi macam ney???? Aku cuba ambik berat tentang kamu tapi aku rasa aku sia-sia untuk semua tu..
Ya Allah..aku nak diri aku yang dulu..aku perlukan senyuman yang dulu..aku tak mau pura-pura dihadapan orang lain..aku cuba kuatkan hati aku..kat tempat keja pon aku rasa serabut, dengan layan customers..dengat benda dalam otak hati aku ney...bila aku boleh keluar dari masalah ney..aku hanya menunggu dan terus menunggu...tapiiiiii sampai bila??????????????????????????!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Aku jugak tak mau orang kata aku ney orang yang bermasalah dan murung sebab ney bukan diri aku! aku nak jadi diri aku yang dulu..aku sentiasa berdoa..insyaAllah ada jalan...
Alhamdulillah dan syukur aku masih bernafas sehingga sekarang...Terima kasih anda sudi baca entry aku kali ney... Assalamualaikum.. ヅ
-copyEn.Google-

TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Friday 13 February 2015

ヅ Redha ............ Mencintaimu ヅ

ヅ Agak lama aku menyepi....ada jugak yang merindukan tulisan aku di blog...maaf aku sekarang kurang aktif di blog...aku jugak rindu aku yang dulu...aku tahu aku jugak seorang yang kuat (kuat ke?)...
ヅ Apapun ujian yang Allah turunkan kat aku, aku redha dengan ikhlas...aku dah tak mau berharap apa-apa lagi yang membuat aku tertunggu-tunggu...aku bukanlah seperti dulu....mungkin hati aku keras sedikit dari sebelum ney....dulu aku fikir seronok...sekarang tak lagi...mungkin pada usia aku sekarang, aku lebih fikir positif dan fikir masa depan aku....kadang tu aku sudah jemu dan lali dengan kata-kata seorang LELAKI...jika benar dan YA kamu betul-betul ingin aku....kenapa perlu ucap pada aku??? kenapa tak terus terang saja pada kedua orang tua aku??? aku tahu kau berani...kenapa kau nak BOOKED aku dengan kata-kata??? kenapa bukan dengan perbuatan??? tak semestinya kita bercinta berpuluh tahun kita akan dan wajib bernikah dengan dia...ntah-ntah orang yang kita tak pernah sangka itulah yang akan kita nikah...rahsia Allah sangat sempurna untuk umat-NYA...dan aku jugak percaya jodoh dari Allah...yang aku berharap orang yang cintakan aku tu adalah seorang yang cintakan Allah dan cintakan aku kerana Allah...dan bukan kerana nafsu atau rupa yang hanya pinjaman kita didunia...

ヅ Memang ramai yang kata, jangan kita menerima seseorang yang kita tidak kenali untuk dijadikan teman hidup kita...takut benda buruk akan berlaku...dan tak semestinya orang yang kita cinta sayang berpuluh-puluh tahun tu akan baik dengan kita setelah kita bernikah...tak semestinya kita dilayan dengan baik....semua tu rahsia Allah...kita hanya merancang...Allah dah tentukan jalan hidup kita...kita cuma perlu lalui ujian yang diturunkan oleh-NYA...tapi ada jugak segelintir teman yang sokong niat aku...dan aku jugak tak akan menaruh harapan dan bagi harapan terlalu tinggi untuk benda ney...yang pasti doa untuk Allah tunjukkan jalan jangan kita lupa...
ヅ Aku jugak bahagia dengan kehidupan aku sekarang...ada keluarga yang sayangkan aku...kawan-kawan, sahabat-sahabat, teman-teman yang ada dengan aku...aku bahagia dengan mereka....dannnnnn aku percaya dalam ramai-ramai yang aku kenal ada yang BERANI....aku cuma perlu sabar dan yakin dengan kehidupan ney...terima kasih pada tuan empunya badan yang menyedarkan aku selama aku koma dari masalah hati...cara percakapan kau memang agak lucu dan ada gurau senda,,,,tapi biarlah kata-kata kau tu ikhlas....insyaAllah aku terima dengan ikhlas...ヅヅヅ
                                                                                

TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK