Halwa Telinga

Status Terkini

Online tak menentu.. Harap maklum.. ^_^

Followers

Mai Tinggai Jejak Sini

Teman Blog

Monday, 10 June 2013

ヅ AMBIL HATI DAN PERGI ヅ


ヅ Hai nama aku Clara. Umur aku baru cecah 25 tahun. Aku nak kongsi cerita apa yang terjadi pada aku dahulu dan ia amat menyakitkan aku. Cerita ni bermula dalam fb dah bertahun dah. Aku add ramai photographer  sebab aku minat gambar-gambar mereka, sangat cantik. Aku perasan yang aku add dia lama dah, tapi ntah kenapa tiba-tiba dia tegur aku dan tanya macam-macam pasal diri aku. Kebetulan aku minat pasal kamera-kamera ni. Dia tanya pasal pakwe la. Then dia cakap kalau dia suka kan aku boleh tak. Aku cakap la “ntah kita baru kenal”. Time tu aku jarang online, online sekejap je. Dia cakap susah nak contact aku sebab aku online tak tentu. So dia akan hantar mesej dalam inbox, kami jadi kawan. Selesa berkawan dengan dia. Lama kelamaan dia minta contact number aku, aku tak bagi, last dia yang bagi ke aku. Lepas tu kami contact dalam henset, dia mesej-mesej dan call-call. Time mesej aku lambat reply dia akan miscall atau call aku, dia cakap kenapa reply lambat la. Then ada pula time tu dia tak reply. So aku buat tak tau je la. Dia call, dia tanya kenapa aku tak reply la. Then aku cakap la yang dia tu tak reply bukan aku. Aku masih ingat lagi kata-kata dia ke aku “kalau saya lambat reply or tak reply tu call la sy”. Kami sudah lama berhubung dalam henset. Kami cadang nak berjumpa setelah dia minta nak jumpa aku. Dia cakap tunggu dia balik kampung dulu senang la nak jumpa. Dia bagitau aku yang abang dia nak bertunang, dia tanya boleh tak dia nak masuk minang aku. Aku cakap boleh aje kalau itu jodoh aku. Then aku ada bagitau dia kalau siapa-siapa yang akan minang aku dulu, dia lah jodoh aku. So sekali time tu dia pergi beli barang-barang tunang abang dia dengan mak dia. Dia call aku dia kata dia belikan untuk aku sama. Dia nak masuk minang aku sama. Aku tahu itu gurauan dia. Dia cakap “tak.., ni serius ni awak”. Last-last kami ketawa. Kata-kata dia bermain di otak aku “tak pernah lagi ada gurl cakap macam awak cakap ni”. Aku cakap apa ye?? “awak cakap tak payah bercouple then masuk minang je”. Aku dah taruh harapan kat dia. “saya tak kisah awak tua ke, yang penting saya nak awak”. Itu kata-kata dia yang aku tak dapat lupa sampai sekarang. Dia dah curi hati aku. Aku happy sangat time tu. Ada satu masa tu aku mesej dia call dia tapi dia tak reply dan tak jawab call aku. Aku rasa tak sedap hati. Aku buka fb aku tengok wall dia, dia masih active. Tapi kenapa aku dia abaikan time tu. Macam-macam yang bermain dalam otak aku ni. Dekat sebulan dia tak contact aku, tiba-tiba aku dapat mesej dari dia. Dia minta maaf tapi dia tak cakap sebab. Aku faham, dia dah ada gurlfren. Aku tak kisah tapi kenapa dia buat aku macam ni. Kenapa dia bagi harapan kat aku. Aku betul-betul tak dapat terima apa yang dia buat ke aku. Sekurang-kurangnya jangan bagi harapan kat aku. Aku dah mula jatuh hati kat dia tapi tiba-tiba dia tinggal aku macam tu je. Walaupun sakit, aku buka wall dia, tengok gambar-gambar mesra mereka. Aku doakan mereka bahagia. “Tapi awak dah curi hati saya, awak tinggal saya dengan keadaan begini”. Dan aku bersyukur aku masih ada orang yang menyayangi aku. Moral kat sini, “jangan la terlalu mengharapkan seseorang yang kita tak kenal dan jangan la beri dia harapan yang kita tak tau penghujungnya”. Ingat ye lelaki mahupun perempuan harus berjaga-jaga dalam cinta di alam maya ni. Jangan sampai memakan diri sendiri.



P/s: cite ni mungkin berlaku pada ramai perempuan dan lelaki kat luar tu kan. Cite kat atas ni dah setahun tapi baru nak publish 
Watak dalam ni hanya lah dalam nukilan ni saja.

ヅ TENTANG ADMIN
Lokasi: dalam bilik
Mood: tengah bosan so buat la cite ni sambil dengar lagu.

TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK