Muzik-Muzik

Status Terkini

Online tak menentu.. Harap maklum.. ^_^

Followers

Mai Tinggai Jejak Sini

Teman Blog

Saturday 29 September 2012

ヅ Jantung Luruh ヅ

ヅ Haa,. macam mana tu jantung luruh??? Mesti la ampa semua penah lalui atau rasa kan... Bila ampa lalui mesti ampa rasa nak nanges je.. Aku pun rasa macam tu jugak.. Nak tau pe sebab??? Kejadian ney berlaku time aku otw balek dari keja, aku singgah stesyen minyak,. Mestila nak isi minyak kan.. Okkkk., Aku parking belakang keta akak tu.. Aku nampak ada sorang laki datang dekat keta aku, siap bawak tempat dok lap cermin tu, aku engat pekerja situ tapi napa dia pakai macam tu. Ahhhh... Aku abaikan je, tapi aku tak turun keta lagi, aku takut.. Dia dok lap cermin belakang,. Aku turun nak g bayar, aku cabut kunci tapi aku tak kunci [biasa-biasa aku tak pernah cabut kunci]. Akak tu tegur dan beringat-ingat, lalu aku kunci terus aku g bayar. Otw aku nak mai kat keta, laki tu dok lap-lap lagi. Dalam hati ney...[awat yang dia tak blah-blah lagi ney]. Aku buat bodo je, aku bukak tudung nak isi minyak tu. Mata laki tu dok tengok purse aku dah, last-last aku pusing p tempat depan keta aku, aku letak purse kat bawah tempat duduk then aku kunci keta semula aku p boh minyak. Dia dok tengok-tengok aku. Aku kata la... [tepiii, nak boh minyak, p lap kat keta orang laen]. Lalu dia kata kat aku [awat berlagak sangat, kalut nak p mana]. Yang aku ney dah macam orang tak betul lak.. Boh minyak dah tak masuk lubang.. Dah darah berderu abis ngan jantung nak lucut.. Sapa tak takut kalau jadi macam tu kan. Boh minyak tak lepas-lepas asyik tersangkut-sangkut je sebab dia dekat sangat dengan aku. Tup-tup kak keja kat stesyen minyak tu mai arah aku. Dia kata [ang p main jauh-jauh, dok kacau orang buat pe]. Laki tu jawab [satgi la]. Aku macam nak nanges dah.. Bukan pe, aku cuma bayang dia pegang pisau.. Tak pasal-pasal dia tikam aku ke apa. Laki tu tak blah-blah lagi. Jantung aku tak payah kata la, laju gila.. Hahahaha... Takut la wehhh... Bila laki tu blah aku tanya kak tu,. [awat dia tu?]. [Dia tu nak duet la tu, dok isap gam]. [Owhhh.. Tu motor dia ke?]. Sebab dia p jalan kot area motor sapa ntah. [Bukan la, dia dok main area-area ney]. Dah siap pon boh minyak. Aku terus masuk keta. Dalam hati "Ya Allah..., terima kasih tak jadi apa-apa kat aku". Aku blah terus balek rumah... Dok bawak keta tu dah tak keruan dah.... Fobia sampai sekarang.. huhu..

***moral kat cney.., kena kunci keta bila turun dari keta dan purse tu kena bawak elok-elok ...
TQ ヅ


TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Wednesday 26 September 2012

ヅ Lunch ヅ

ヅ Tak nak cakap banyak....., Time lunch... Nahhhh., Tak sedap jangan kutuk., sedap komen., hahaha
masih dalam kuali lagi tu., hahaha.., ヅ



TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

ヅ Makan-Ngantuk ヅ

ヅ Aku tak ngantuk lagi tadi., ralik ngan blog je... Lapar la., macam-macam aihhhh time ney..., aku apa g, turun dapur bukak freezer ambik coklat..., makan la aku.... zzzzzzzzz
aku makan dua ketol je jap tadi :P
cadbury "hazel nut"..
kisses "creamy milk chocolate with almonds" aku paling suka
kinder
***padahal tadi hanya makan "ferrero rocher" n "cadbury" je... Dan kat atas semua  tu my favorite coklat.. So kalau ampa nak bagi kat aku, nak belanja ke hadiah ke, bagi macam kat atas tu je la.. hahahahahaha ... Memalukan betol :P .. tak payah susah-susah., yang ney pon cukup la :P hahahaha... ヅ
***dah abis makan.. Mata pon dah berat.. En.hubby pon dah tido.. turn Cik.kecik pulak nak tido..., sweet dream., semoga segala urusan dipermudahkan .. Aminnn 
Salam ヅ

TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

ヅ Segmen : Tangkap Follower Sebanyak Mungkin ヅ

ヅ Haaa., aku join segmen ney plak., hehe...
jom kawan-kawan join ...
segmen dari nabila :)
klik barner ney eh

followers aku sekarang tak banyak pon 

nak tag kawan lak
..... ciapppp ヅ

TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

ヅ Adab ヅ

ヅ Pesan para sahabat
Dari Rasulullah Saw. Bahawa,
Sebaik-baiknya
Adab tidur adalah Beliau
Bila kita meneladaninya
Maka kita akan tertib dalam segala hal termasuk Solat Subuh tidak ke siang
Ganjaran Pahala yang besar
& Hidup juga menjadi sihat
semoga bermanfaat
ヅ selamat malam ヅ

TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Tuesday 25 September 2012

ヅ Chelsea ヅ

ヅ Hoho... jangan kata pe noh.. Aku bosan... Peace...
kbyeeee ヅ

TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Monday 24 September 2012

ヅ M.O.O.D ヅ

flu......:(




TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

ヅ Nasib oh Nasib ヅ

ヅ Kejadian ney berlaku time kat keja, 23/9/2012 jam 3++pm.., baru masuk keja dah dapat hadiah dari benda ney
haaa nampak je tak tajam., sekali kupas., sampai kejari aku kupas.., fuhhh., rasa tu jangan kata la, sejuk je rasa.. Haha..
Gara-gara ney la., mengidam sangat, pi kait kat pokok depan rumah then bawak pi tempat keja, masuk keja g kupas terus,. Tak pasai-pasai dapat limpahan merah kat jari., haha..
Lepas kena pisau, aku nak buat blackpepper sauce pulak, so kena ambik la demi-glace kat atas rak chiller tu, tunggu apa lagi, aku panjat je la.. Bila nak turun je... "kelepukkk".. Ambik kau anis, dah tau pendek galak nak panjat, kan dah tak pasai-pasai lebam lutut tu.. Orang tinggi ada tak reti nak mintak tolong.. Kena lagi sekali penyakit.. Adoiiiiii... ヅ
Haaa.. ambik kau anis., kan dah kena.. Hahaha., time keja dah berhenti dah darah tu, ney darah balik time kat rumah., ntah kena apa ntah tetiba darah keluar balik.. huhu...

***bila nak guna pisau tu, hati-hati cara pegang eh, kang tak pasal-pasal dapat hadiah dari cik pisau tu., one more jangan sesuka hati nak panjat ambik barang kat tempat tinggi, kalau boleh tu mintak la tolong sapa-sapa.. Tak pon ambik kerusi., naek atas tu.. Fahammm??? hohoho  ヅ

TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

ヅ Lama tol ヅ

ヅ Rasa lama tol tak on blog ney..,  busy je., keja lak petang so memang susah nak online ni.., t aku follow ampa blek noh., n visit blog ampa eh.. Selamat bekerja ye semua, bagi yang bekerja dan selamat belajar untuk yang bergelar student., go0d luck untuk semua., ヅ

TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Friday 21 September 2012

ヅ Kagum ヅ


TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Wednesday 19 September 2012

ヅ Alamakkkkkk.....L.E.S.E.N ヅ

ヅ Semalam saja terasa nak belek-belek purse ney.. Bukak sana bukak cney.. Tak perasan lagi, dok tengok kad-kad je... Skali aku pegang lesen.., Nahhhh., ambikk kau... tarikh dah tamat mak oiiii..., dah la bila jumpa polis ney bersedia sangat-sangat, tak tau pulak yang lesen dah mati... Jumpa polis senyum je la... Hahaha., kalau kena tahan tu.. Tunjuk gigi je la... hohoho...
anis anis... 
nak selik dottie yang ngah tido jap.. Hahaha., pemalas tol dia ney..
***p/s: kena sentiasa beringat-ingat, jangan ambik mudah, selalu-selalu cek purse anda.. Jangan tau dok ambik duet je.. ヅ



TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

ヅ Yang ke-16 ヅ

ヅ Aku rajin sket nak edit untuk adik aku sempena besday dia yang ke16.. Dah besaq pon. Angah doakan semoga berjaya dunia akhirat dan pandai bawa diri. Kena belajaq rajin-rajin, dengaq cakap mak ayah kak-kak abang ok....
[fb jea la]
aku wat PARIS ney bukanya apa.., dia ney minat sangat so aku wat kan la untuk dia, hadiah tak dak tapi yang ney ada pon kira ok la noh..
ciappppヅ

TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

ヅ Jangan Lupa .. OK ヅ

ヅ Haaa., ampa ney kan memang nak kena nohhh,.. hehehe... kalau dah follow tu tolong la tinggal URL/LINK ampa yang betoi-betoi .... susah cek nak follow balek tau dak.. Bukan cek tak mau follow.. nak follow camna dah tak dak link ampa kan.. nak salahkan aku? Tak.. hahaha., pape pon meh-meh la follow blog aku yang tak seberapa dan simple jea ney... :) tinggal jejak dan link ampa k... terima kasih setakat ney saja ヅ


TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Monday 17 September 2012

ヅ Jom tingkatkan followers sampai lebam ヅ

ヅ Ok., kali ney aku join segmen ney plak., tak tau nak wat pe., :P
jom pakat-pakat join .., ney tuan dia... MEREPEK GILA
Follower = 82 


TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

ヅ Duhai Kasih - Ku Mencintaimu (Sebuah Penantian Suci) ヅ

ヅ Ya allah bantulah aku untuk terus bersabar.. semoga jodoh itu milik kami. aku akan bersabar untuk menjadi yang halal baginya, semoga aku terhindar dari godaan syaitan, aku ingin mencintainya kerana allah..bantulah aku ya allah




TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

ヅ Cinta Sampai Syurga ヅ

ヅ Mungkin cinta saya tidak seagung cinta Nabi Muhammad kepada Siti khadijah.. ataupun tidak sehebat cinta Zulaikha kapada Nabi Yusof . . tapi apa yang saya tahu . . saya perlukan awak dalam hidup saya . .



TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

ヅ Bercinta Hingga Ke Syurga ヅ

ヅ Jom layan lagu ney :) before tu pause dulu lagu dalam blog ney ea., :)



TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Saturday 15 September 2012

ヅ Aksi Mereka ヅ

ヅ Sebelum g keja aku nak ampa tengok depa-depa yang comey ney..,  hehehe
 ヅ hi.. i'm hersyie., hehe
ヅ ney dottie., tengok dia tido camna., hahaha
 ヅ hersyie ney diam jea., 
 ヅ dottie suka makan banyak.., tengok badan dah laaa ., hehe
ヅ opssss., terselit lak., hahaha..
****nasib line kodi pon ley upload gak., haha.. ヅ

TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Wednesday 12 September 2012

ヅ Sangat Bahagia ヅ

ヅ Orang laen pon bahagia gak., hehe.., aku sangat bahagia dengan apa yang aku dapat sekarang., apa yang ada dekat aku., aku bersyukur sangat.., 
ヅ Jadi jangan lah sia-siakan usia anda.. ceewahhh., :P
ヅ Apa yang aku harap., susah senang kita bersama laluinya :)
ヅ Haaaa., ney la muka aku., sangat-sangat happy wehh.., hanya Allah yang tahu aku tersangat bahagia tapi aku masih waras la., hoho ., :P
ヅ Ney aku nak kongsi dari ARTIKEL...
****
1) Sentiasa berfikiran positif dan sentiasa bersangka baik dalam kehidupan/orang lain. Jauhi tanggapan negatif. Susah? Ya, tapi sedarlah kita sendiri tidak sempurna semuanya.
2) Senyum sentiasa, cari/buat perkara yang boleh buat kita tersenyum dalam satu hari itu. Susah? Saat pertama kali buka mata pada pagi hari, ucapkan Alhamdulillah dan senyumlah kepadaNya, yang masih sudi memberi kita nyawa dan kehidupan.
3) Sentiasa menerima apa jua dengan hati yang terbuka. Masalah, kritikan mahupun pujian. Susah? Terimalah setiap kritikan demi memperbaiki diri menjadi lebih baik, pujian sebagai tanggungjawab dan amanah yang diharapkan dan masalah pula sebagai cabaran untuk jadi lebih baik.
4) Ketepikan memikirkan perkara yang remeh dan kecil yang tidak langsung memberi kesan yang baik dalam kehidupan kita. Susah? Tidak, kurangkan mengambil tahu perkara yang tidak membawa kebaikan kepada kehidupan kita, apatah lagi perkara yang kadang-kadang hanya mempunyai unsur negatif dan aib.
5) Memilih untuk membaca/melihat/menonton bahan yang positif dan berunsurkan ilmiah. Susah? Tidak. Paling mudah, mulakan dengan 'follow' mereka yang berkata-kata dengan kualiti dan baik seperti di Twitter. Sekurang-kurangnya, setiap kali membaca memberi kesan dan ingatan kepada kita.
6) Bergaul dengan mereka yang sentiasa positif dan sentiasa berkata serta beramal baik. Susah? Nanti tak ramai kawan? Tidak. Berkawanlah seramai mana sekalipun tetapi jadikan yang baik dan betul daripada mereka itu rujukan. Berpegang teguhlah kepada prinsip diri sendiri dalam berkawan.
7) Lupakan mencari kesalahan dalam sesuatu perkara tetapi jelaskan kebaikan sesuatu. Susah? Sebab sentiasa nampak semua orang salah dan kita betul? Lihat dan cermin kembali diri kita. Jangan mudah rasa diri cukup sempurna dan sentiasa betul.
8) Memberi sokongan kepada orang sekeliling dalam apa jua yang mereka lakukan selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan jauhilah walau sekelumit pun perasaan kurang senang ataupun dengki. Susah? Nanti dia lagi berjaya? Bukankah setiap rezeki kita sudah ditentukanNya? Berusaha dan motivasikan diri sendiri untuk mencapai sesuatu.
9) Sentiasa mengamalkan gaya dan cara hidup yang betul dan positif. Jangan sesekali melanggar fitrah sesuatu yang telah ditetapkan. Susah? Ingat, setiap perkara yang kita lakukan sekarang, ialah tanggungjawab kita kelak.
10) Sentiasa tenang dalam membuat keputusan, fikirkan kesan akan datang yang bakal menyusul daripada setiap tindakan kita. Perlu berani di dunia maju? Ya, benar, tapi jangan sampai pada masa akan datang, sesuatu itu mampu mengaibkan kita.
11) Jangan takut untuk 'jatuh' dan sentiasa melihat 'ke bawah'. Bersyukurlah. Apa jua yang kita hadapi hari ini, walau sesukar mana pun, barangkali boleh menjadi impian buat orang lain.
12) Yang paling penting, sentiasa dekatkan hati denganNya. Sentiasa ingat, DIA sentiasa melihat kita dan DIA mahu kita sentiasa lurus di jalanNya agar bahagia kita itu bahagia yang menenangkan. Susah? Belum rasa 'rasa' itu? Carilah Allah. DIA sedang menanti kita. DIA rindukan kita.
**** 
Sejujurnya bahagia yang ditemani ketenangan itulah erti bahagia yang sebenar. Bahagia yang berpanjangan, bahagia yang cukup membahagiakan. Tapi kita perlu ingat, ketenangan hanya akan hadir apabila Allah SWT kurniakan rasa itu, rasa apabila setiap perkara yang kita lakukan ada redha dan berkat daripadaNya. Itulah erti bahagia yang sebenar.
 ****
Sentiasa percaya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya juga mampu membuat kita terus tenang dan terus berjalan meneruskan kehidupan untuk mencari redhaNya. Percayalah bahawa Allah telah merancang setiap perkara yang terbaik buat semua hambaNya. Dengan itu, apa jua yang datang, kita akan hadapi dengan senyuman.
 ****
"Attach your heart to God and you will never be let down." (Imam Zaid Shakir)
ヅSELAMAT MEMBACA DAN SENYUMヅ





TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK