Muzik-Muzik

Status Terkini

Online tak menentu.. Harap maklum.. ^_^

Followers

Mai Tinggai Jejak Sini

Teman Blog

Tuesday, 12 March 2013

ヅ Dapatkan Tidur Berkualiti ヅ

ヅ Kali ney aku nak kongsi artikel tentang TIDUR.. Ramai anak-anak muda yang suka tidur lewat, bangun lambat.. Termasuk aku. 
****
Mudah berasa latih, lesu, kurang motivasi, tidak dapat memberi tumpuan, murung, dan berat badan betambah antara gejala yang menunjukkan kamu mengalami masalah kekurangan waktu tidur yang berkualiti.
Biarpun ada yang beranggapan masalah kekurangan tidur itu bukan isu besar, ramai tidak menyedari bahawa otak kamu sentiasa sibuk melakukan penyelenggaraan fizikal dan mental bagi memastikan tubuh kamu kekal bertenaga pada keesokan hari.
Jika kamu menghadapi masalah untuk mendapatkan tidur yang mencukupi, ubahlah gaya hidup kamu dengan melakukan pola tidur yang sihat.
Panduan berikut diharapkan dapat membantu kamu memulakan hari esok dengan lebih bertenaga dan cergas.
MITOS DAN FAKTA TENTANG TIDUR

Mitos 1: Jika kamu kurangkan waktu tidur selama satu jam pada setiap malam, ia tidak akan menjejaskan aktiviti pada waktu siang. Bagaimanapun, keupayaan kamu untuk berfikir secara rasional dan bertindak balas dengan cepat berkemungkinan akan terjejas. Malah, kesihatan kardiovaskular, keseimbangan tenaga dan keupayaan untuk melawan jangkitan turut mendapat kesan.
Mitos 2: Setiap seorang mampu menyesuaikan jadual tidur yang berbeza dengan cepat. Kebanyakan orang, mampu menetapkan semula jam biologi mereka dengan pantas jika berlaku perubahan waktu antara satu hingga dua jam dalam sehari. Bagaimanapun, seseorang itu mungkin mengambil masa lebih daripada seminggu untuk menyesuaikan diri selepas merentasi zon masa atau beralih syif malam.
Mitos 3: Tambahan waktu tidur pada waktu malam boleh menyelesaikan masalah keletihan pada waktu siang. Sememangnya, waktu tidur adalah penting. Namun, apa yang lebih penting adalah kualiti tidur tersebut.  Sesetengah orang mendapat tidur antara lapan hingga sembilan jam setiap malam tetapi masih berasa tidak cukup rehat kerana mempunyai kualiti tidur yang rendah.
Mitos 4: Kurangkan waktu tidur pada hari bekerja dan menggantikan pada hujung minggu. Tindakan itu hanya menyebabkan kitaran jam biologi terjejas dan menyukarkan waktu tidur pada malam ahad serta terlewat bangun pada pagi isnin.

p/s: Lepas ney kena ikut la ye.. Termasuk aku :P

sumber: com kesihatan

TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

6 comments:

  1. suka tidorr gakkk adek oii huhuhu :)

    ReplyDelete
  2. WAKTU YANG BAIK UNTUK TIDUR IALAH PUKUL 10 MLM KERANA MASA ITU MINDA KITA ADA DI ZON ALPHA..

    ReplyDelete
  3. Smp skrg sy sndr masih tercari cari tido yg berkualiti...agak susah...mngkin sebab terlalu c buk. :)

    ReplyDelete