Muzik-Muzik

Status Terkini

Online tak menentu.. Harap maklum.. ^_^

Followers

Mai Tinggai Jejak Sini

Teman Blog

Wednesday 15 May 2013

ヅ Diet Ibu Hamil ヅ

ヅ Ibu hamil bukan saja perlu meningkatkan jumlah pemakanan, tetapi perkara paling penting adalah sajian yang harus dimakan.

Kebiasaannya, wanita hamil memerlukan penambahan 300 kalori sehari daripada kebiasaan terutama apabila berada di trimester terakhir ketika bayi membesar dengan pantas.
Justeru, makanan berkhasiat boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi dalam kandungan.
Apabila hamil, apa saja makanan dan minuman yang diambil adalah sumber utama nutrien bagi bayi. Oleh itu, diet pemakanan yang diambil si ibu berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan ada golongan ibu yang dinasihatkan tidak mengambil sebarang risiko dengan mengambil diet yang boleh memudaratkan bayi seperti alkohol.
Hamil atau sebaliknya, mengamalkan diet sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi sememangnya penting. Bagi ibu hamil, penting untuk mempelbagaikan diet harian bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi.
ヅ Antara jenis makanan yang perlu diambil ketika hamil termasuk.

  • Buah-buahan dan sayur-sayuran. - Makanan ini perlu dijadikan hidangan lima kali sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad. 

  • Makanan berkanji. - Antara makanan berkanji yang disarankan termasuk roti, nasi, pasta dan ubi kentang serta ba–nyakkan pengambilan bijirin gandum penuh.

  • Makanan berprotein tinggi. - Pilihan daging, ayam, ikan, telur dan kekacang (soya). Selain itu, banyakkan memakan ikan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

  • Makanan berkalsium tinggi seperti susu, yogurt dan keju.

  • Makanan berserat tinggi. 

ヅ Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.

ヅ Pada masa sama, apabila membeli makanan basah seperti ikan, ayam dan daging, ia haruslah segar dan dijamin kebersihannya.

ヅ Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan. Perhatikan juga tarikh luput makanan dan pastikan pembungkus atau tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar atau kemek).

ヅ Walaupun perkara ini kelihatan remeh, ia penting kerana makanan yang tercemar atau sudah luput tarikhnya boleh menyebabkan keracunan makanan serta memudaratkan kesihatan bayi dalam kandungan.




TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

1 comment: