- Buah-buahan dan sayur-sayuran. - Makanan ini perlu dijadikan hidangan lima kali sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
- Makanan berkanji. - Antara makanan berkanji yang disarankan termasuk roti, nasi, pasta dan ubi kentang serta ba–nyakkan pengambilan bijirin gandum penuh.
- Makanan berprotein tinggi. - Pilihan daging, ayam, ikan, telur dan kekacang (soya). Selain itu, banyakkan memakan ikan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
- Makanan berkalsium tinggi seperti susu, yogurt dan keju.
- Makanan berserat tinggi.
ヅ Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.
ヅ Pada masa sama, apabila membeli makanan basah seperti ikan, ayam dan daging, ia haruslah segar dan dijamin kebersihannya.
ヅ Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan. Perhatikan juga tarikh luput makanan dan pastikan pembungkus atau tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar atau kemek).
ヅ Walaupun perkara ini kelihatan remeh, ia penting kerana makanan yang tercemar atau sudah luput tarikhnya boleh menyebabkan keracunan makanan serta memudaratkan kesihatan bayi dalam kandungan.
good sharing..:)
ReplyDelete