Halwa Telinga

Status Terkini

Online tak menentu.. Harap maklum.. ^_^

Followers

Mai Tinggai Jejak Sini

Teman Blog

Wednesday, 3 October 2012

ヅ Sometime those incident make us realise how important our life are ヅ

ヅ Mungkin tertanya-tanya kenapa aku buat entry camney kan..., sebenarnya kadang-kadang kejadian yang dah berlaku mesti la kita lalui kan??? Dan kita sedar bertapa pentingnya kehidupan kita ney... Dan buat apa kita nak bermusuh-musuh, buat apa ada musuh dan nak cari musuh.. Past is past, u are right dear.. Kita hidup kat dunia ney sekejap je,. Kita maaf la kesilapan dan kesalahan apa yang dia lakukan dan kita juga perlu lah mohon maaf atas kesalahan kita lakukan.., Sedangkan nabi maafkan umatnya, kenapa kita tidak???
"i hope you are useful girl in the world"
Ayat kat atas tu aku tak kan lupa sampai bila-bila.., masuk tahun ney dah 7 tahun ayat ney masih dalam otak kepala aku... Kisahnya bermula salah faham.. Aku tak nak besar-besarkan hal tu tapi sifat cemburu ada dalam hati aku.. Tanpa aku fikir panjang, aku tak soal siasat dulu. Aku tak pakai helmet p serang dia. Aku tak fikir yang dia kawan aku time tu, yang aku fikir, aku marah dan cemburu sangat.. Tapi bila fikir-fikirkan sekarang memang tak guna bergaduh dan bermusuh dengan kawan.. Aku sebenarnya dah lama maafkan dia dan tak nak bermusuh sedikit pon dengan dia atau sapa-sapa kat dunia ney.. Sepatutnya kita ketepikan pasal masalah tu dan bincang tanya elok-elok.. Emm.., aku pon silap dulu..
Lepas kejadian tu, aku tak pernah tegur dia sampai la 2/10/2012.. Emmm, kejadian ney berlaku last year.. Lama jugak tu aku tak tegur dia., Dua jam yang lepas aku mula tegur dia., Alhamdulillah dia maafkan aku,. "past is past, sometime those incident make us realise how important our life are. Buatpe nak musuh lama-lama. Dah lama aby maafkan anis".,
Dah lama aku nak tegur dia tapi biasa la, takut dia masih simpan dendam or what kan.. Sebelum ney aku kerap mimpi aku terjumpa dengan dia dan kami mintak maaf dan berbaek semula.. Memang la hidup tak tenang bila ada yang tak selesai lagi.. Syukur Alhamdulillah kami berbaek semula pada 3/10/2012..
Aku kenal dia masa aku form3 umur aku 15tahun[2005] sekarang 22tahun[2012] Lama kan???  Satu sebab tu la aku tak nak gaduh dengan dia. Time tu parents aku hantar aku p kem time cuti sekolah. Biasa la cuti sekolah macam-macam aktiviti dianjurkan. Parents aku hantar aku p "summer camp" kat sekolah teknik dekat cney. Berapa hari tu aku tak engat la. Time tu aku segan malu sangat-sangat sebab tak kenal sapa-sapa. Tambahan aku pulak si pemalu tak bertempat. So kat sana aku dapat kenal kawan dari macam-macam sekolah. Aku mula rapat dengan dia. Aku dok tengok muka dia dengan kawan aku time kat sana [kawan aku tu pon dah lost contact]. Dia sekolah laen dan aku sekolah laen. Bila form4, dia pindah sekolah aku. Walaupun kami tak rapat tapi kami masih senyum, ye la dia dak pandai.. :) Dia ney aku puji la sebab dia comey, pandai. Dia pulak bakal jadi cikgu. Aku doakan dia semoga berjaya dalam bidang yang dia ceburi. Aminnn.. Aku harap perkenalan dan persahabat kekal sampai akhir hanyat... Insyaallah.... Aminnn...
***p/s: jangan tau serbu noh, tanya dan bincang dulu apa yang patut. jangan cemburu tak bertempat. hargailah kawan dan jangan putuskan atau tinggalkan sahabat kawan teman yang kita kenali .. kerana dunia ney hanya lah sementara so hargailah pemberian ALLAH.. TQ ヅ
 
maaf curi pic awak
tak wat pape pon juz dlm blog je

TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

6 comments:

  1. Bagusla kalau mcm tu cik aniss..sya doakan smoga persahabatan korang berdua kekal sampai bila2.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn.., tima ksh hanif.., insyaallah :)

      Delete
  2. jaga persahabatan baik2 tauu :)

    Eza singgah follow sini :)

    ReplyDelete