Muzik-Muzik

Status Terkini

Online tak menentu.. Harap maklum.. ^_^

Followers

Mai Tinggai Jejak Sini

Teman Blog

Thursday, 23 January 2014

ヅ Aku tetap Aku!!!!!

ヅ Haii.. lama benor eh aku tak belog ney kan.. eh ampa semua dah lupa aku pe kan.. bukan apa, laptop aku ada kat orang, berokband aku lak dah lama nazak.,.. so hanya henset ja la jadi peneman aku.. aku selalu aktif facebook (cik anis roslee) instagram (@cikanisroslee) wechat (anisafiqah90) ,.. perkembangan aku kat sana la.. ampa follow ja eh... fb aku tak approve ada sebab.. hoohohoooo...



#apa motif ngan tajuk ha??? ahahahahaaaaa



TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Tuesday, 12 November 2013

ヅ Lama TAk Update.. Rindu T_T ヅ

ヅ Haiii blogger !!! lama kan aku tak masuk blog aku ney.. hahaha... laptop takdop.., berokband pon tak bayaq.. sedih baek!
Banyak sebenaqnya aku nak kongsi pengalaman ngan kamo-kamo semua...
Ney pon mai cc japppp!!! ja je :(

time ney bercuti kat ganu... hok ney ja yang mampu share/.. hoho.

k., next time aku in in balek ye... Assalamualaikum...



TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Wednesday, 7 August 2013

ヅ Eid Al Fitr ... Selamat Hari Raya AidilFitri ヅ

ヅ Selamat hari raya untuk silent blogger :)
Lama kan tak update... Update gak last :) .. 
Moon may come, moon may go, when syawal come, ramadhan has to go, if lebih makan, if silap seloroh, plez forgive, make it zero zero, selamat hari lebaran, lebarkan persaudaraan, kosongkan persengketaan ... Maaf andai salah silapku.. selamat hari raya maaf zahir dan batin.. ikhlas dari NURANISAFIQAHAHMADROSLEE,.. ^_^



TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Sunday, 14 July 2013

ヅ Ramadhan 2013 ヅ

ヅ Salam ramadhan untuk silent blogger .. Lambat sikit nak update.. Hadoiii hai la ney jarang betoi aku nak online blog.. Susah aku nak update.. Apa-apa pon selamat berpuasa.. SALAM RAMADHAN ^_^



p/s: pause / stop radio first !!!
and play this
*
*
*
LAW KANA BAINANA
(Andainya Rasulullah bersama kita)
ヅ  




TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Sunday, 7 July 2013

ヅ 4 Day For Holiday ヅ

ヅ Haii blogger ! Lama betoi aku tak update.. Agak-agak lama tak ?? hehe..  Aku baru nak cerita pasai cuti aku hari tu yang aku p Shah Alam kat kak aku ney ha.. Aku mula p sana 12/06/2013 .. Aku naik flight dari Langkawi ke Shah Alam pukul 9 malam.. Motif p holiday ney bukannya apa, cuma nak hilangkan stress kerja jaa.. 
 
#airportLangkawi#airAsia#alone#shahAlam

#apartmentRimauIndah#sek.32#shahAlam

#ict#domino#padang#along

#kereta#kenduri#sungaiBuluh

#kenduri#along#sungaiBuluh

#break#myvi

#cinemaKLCC#superman


#klcc#along#faizal#jalan-jalan

#lastDay#tomYam#ketam#sambalGoreng#lunch

#dinner#alamandaFoodcourt#otwAirport

#goHome#LCCTairport



Ok........Selama empat hari kat sana jalan tak banyak pon sebab kak aku kerja., hari pertama dok rumah., hari kedua tak silap aku dok rumah gak,. hari ketiga baru keluaq..
Kongsi sket gambaq-gambaq p sana.. sket ja pon :)
Hope nanti p lagi.. hoho.. tata,, Wassalam .. ^_^

TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Tuesday, 18 June 2013

ヅ Selamat Hari Sahabat ヅ

ヅ Selamat hari SAHABAT buat semua sahabat aku yang berada di muka bumi ney la ^_^ ..
Terima kasih menjadi sahabat di luar sana dan sahabat silent di alam maya  ^_^ ..
Semoga ikatan silaturrahim ney kekal ke akhir hayat.. Tabah dan cekal dalam hidup  .. Good luck all of you! — very appreciated to you all <3
Thanks for being my friend ..

selamat hari sahabat
happy friendship day
يوم الصداقة سعيدة
友誼快樂的一天
gelukkige vriendschap dag
feliĉan amikecon tago
masaya pagkakaibigan araw
jour heureux d'amitié
glücklich Tag der Freundschaft
ευτυχισμένη ημέρα φιλία
खुश दोस्ती दिन
lá cairdeas, sona
felice giorno amicizia
幸せ友情の日
ಸಂತೋಷ ಸ್ನೇಹ ದಿನ
행복한 우정의 날
beatus amicitiam diem
feliz dia da amizade
zi prietenie fericit
счастливый день дружбы
feliz día de la amistad
மகிழ்ச்சி நட்பு நாள்
วันมีความสุขมิตรภาพ
mutlu dostluk gün
щасливий день дружби
خوش دوستی دن
ngày tình bạn hạnh phúc
ヅ ヅ ヅ ヅ




TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Friday, 14 June 2013

ヅ Tips Kahwin : 15 Cara Kurangkan Bajet/Kos Perkahwinan ヅ


Tak ada bakal pengantin yang inginkan majlis yang ala-ala atau nak tak nak. Mungkin ada diantara anda yang inginkan majlis yang indah dan juga nampak mewah tetapi tak mahu menanggung hutang yang tinggi. Yalah, kalau nak majlis yang gilang gemilang, mestilah kosnya juga gilang gemilang. Jadi bajet perkahwinan itu sangat penting dan biarlah bajet itu mengikut kemampuan. Elakkan berhutang atau membuat pinjaman yang tak masuk akal kerana kehidupan selepas berkahwin itu lebih penting.

             

Kami ingin kongsikan panduan untuk menjimatkan kos perkahwinan anda, meriah tapi kos rendah.

1. Tetapkan jumlah tetamu yang bakal hadir supaya anda dapat rancang bajet perkahwinan dengan baik. Bila anda sudah tetapkan bilangan tetamu, anda dapat mengira bajet untuk makanan, cenderamata, kad kahwin dan sebagainya.
2. Majlis yang diadakan secara gotong royong lebih baik. Ia dapat menjimatkan kos kerana anda hanya perlu mengeluarkan wang membeli bahan basah dan dapat menguatkan tali silaturahmi bersama jiran anda. Tetapi, sekarang ini sudah banyak pameran perkahwinan dan katering yang menyediakan pakej bajet untuk perkahwinan, rajin-rajinlah buat survey beberapa bulan atau tahun sebelum melangsungkan majlis anda.


3. Elakkan membuat majlis ketika cuti sekolah. Memang seronok kerana pada cuti sekolah, ramai saudara-mara yang akan hadir. Tetapi tahukah anda barang ketika ini agak mahal. Atau jika anda telah memilih tarikh pada cuti sekolah, seeloknya buat persiapan dan beli barang-barang perkahwinan lebih awal. Persedian 1-2 tahun sebelum kahwin juga adalah normal.
4. Hantaran dan hiasan pelamin dari bunga segar lebih indah dan kosnya juga tinggi. Tapi tak salah jika anda gunakan bunga tiruan tetapi gubahnya secara kreatif. Lagipun dengan bunga tiruan, anda dapat terus gunakannya sebagai hiasan untuk kediaman anda.

Contoh hantaran bunga tiruan : mahligaicemara-butik.blogspot.com

5. Buat tempahan perkhidmatan fotografi, katering dan kad jemputan semasa promosi atau di pameran perkahwinan. Biasanya diskaun hebat akan diberikan.


6. Elakkan menempah pakaian yang baru kerana khidmat menyewa pakaian lebih murah. Sekarang ini ada juga perkhidmatan dimana anda boleh menempah pakaian perkahwinan yang baru tetapi cuma sewa sahaja. Maknanya selepas pakai, anda kena pulangkan pada butik perkahwinan dan harganya jauh lebih rendah daripada beli terus pakaian perkahwinan itu.
7. Elakkan berbalas hantaran dengan jumlah yang tinggi. Ada juga antara anda yang tak mahu kalah dengan saudara mara atau kawan-kawan. Orang lain letak hantaran 5, anda letak 10 supaya nampak lebih gah. Kebiasaanya hantaran adalah 5 berbalas 7. Pilih barangan yang akan digunakan, bukan sekadar cantik sahaja.


8. Majlis akad nikah dan persandingan diadakan pada satu hari. Untuk menjimakan kos, akad nikah dilakukan pada waktu pagi manakala persandingan dan kenduri dilakukan pada waktu tengahari. Jika anda tetap mahu melakukan majlis akad nikah dan persandingan secara berasingan, hadkan jumlah tetamu untuk majlis akad nikah ( saudara mara dan rakan terdekat sahaja ).
9. Jangan tempah kad perkahwinan yang terlalu mahal kerana ingin kad yang cantik saja. Percayalah, tak ramai yang mahu simpan kad kahwin anda buat kenangan melainkan ia betul-betul unik. Untuk menjimatkan kos, anda boleh menggabungkan majlis persandingan pihak lelaki dan perempuan dalam satu kad sahaja. Selain itu, sekarang pun sudah popular dimana bakal pengantin menjemput tetamu melalui Facebook sahaja.

Contoh kad kahwin bajet – kahwinmall.com

10. Untuk hiburan halwa telinga pula, daripada mengupah pemuzik, band atau kugiran, sekarang ini sudah banyak perkhidmatan DJ yang boleh memainkan CD lagu yang menarik serta acara karaoke. Lebih meriah dan murah
11. Salah satu cara untuk menjimatkan kos perkahwinan adalah dengan membuka akaun khas untuk perkahwinan anda. Ini dapat memastikan anda tak menggunakan semua wang simpanan anda dan seterusnya BERHUTANG. Sentiasa elakkan membeli barang perkahwinan dengan menggunakan KAD KREDIT.
12. Jika anda mahu jimat lagi, anda boleh menggubah sendiri hantaran perkahwinan atau upah saja saudara mara dan kawan-kawan. Pastinya kos lebih rendah daripada membeli sendiri hantaran di kedai. Hantaran yang dijual di kedai biasanya berharga RM80 ke atas untuk satu bekas hantaran sahaja. Jika anda ada 7 hantaran, sudah berapa pula?
13. Jangan lupa survey mengenai khidmat katering, pelamin, pakaian perkahwinan ataupun cenderamata yang murah dari kawan-kawan atau saudara mara. Selalunya mereka mempunyai cadangan yang bernas dan tahu mana perkhidmatan yang murah dan bagus.
14. Akhbar dan majalah selalunya mempunyai peraduan yang menghadiahkan pakej berbulan madu. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyertainya. Manalah tahu, rezeki anda kan? Honeymoon free lagi!
15. Yang terakhir, checklist atau senarai semak adalah amat penting sekali. Ia perlu ditulis awal-awal supaya anda tidak lupa atau tertinggal perkara yang penting. Melalui senarai semak ini anda juga boleh mengetahui jumlah wang yang dibelanjakan dan anda boleh memantau bajet perkahwinan anda jika ‘terlebih’ atau ‘terkurang’.

Contoh Checklist/ Senarai semak perkahwinan

sumber: wanista


TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK