Muzik-Muzik

Status Terkini

Online tak menentu.. Harap maklum.. ^_^

Followers

Mai Tinggai Jejak Sini

Teman Blog

Friday 15 March 2013

ヅ Tip Tidur Yang Mencukupi ヅ

TERATUR
Pastikan kamu mendapat tidur sekurang-kurangnya tujuh jam setengah mengikut waktu yang tetap pada setiap malam.
BANTAL EMPUK
Salah satu elemen yang membantu kamu mendapatkan tidur yang mencukupi adalah bantal. Pastikan kamu memilih bantal yang sesuai bagi mengelakkan masalah 'salah bantal' ketika bangun tidur pada waktu pagi nanti.
KUALITI BUKAN KUANTITI
Jika setiap kali kamu terjaga daripada tidur, tubuh berasa segar dan bertenaga, itu bermakna kamu mempunyai tidur yang berkualiti biarpun hanya lena selama enam jam sahaja.
SUASANA
Bagi memudahkan kamu tidur pada waktu yang ditetapkan, wujudkan suasana tidur yang nyaman dalam kamar. Mungkin kamu boleh menggunakan teknik bau-bauan (aromaterapi) atau mendengarkan muzik sambil membaca bahan bacaan ringan bagi mewujudkan suasana tenang sebelum tidur.
GAYA TIDUR
Posisi ketika tidur turut memainkan peranan dalam memastikan kamu mendapat tidur yang sempurna. Kedudukan tulang belakang dan tulang leher perlulah selari bagi mendapatkann posisi tidur yang betul.
sumber: com.kesihatan
#time update aku baru bangon, loteh punya pasal haaa... *_*
Selamat membaca ヅ

TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

1 comment: