ヅ Kahwin awal ataupun kahwin muda merujuk kepada perkahwinan
antara lelaki dan perempuan pada usia 18-24. Untuk memudahkan lagi, pasangan
yang mendirikan rumahtangga ketika mereka masih lagi belajar. Kahwin awal ini
kembali menjadi perbualan di mulut para remaja mahupun ibubapa.
Ramai anak-anak remaja zaman kini ingin berkahwin pada usia
yang muda. Salah satu alasan mereka,ingin mengelak dari perbuatan maksiat dan
terkutuk.Kepada pembaca blog aku sekalian, aku tulis artikel ini bukan
bermaksud aku ingin berkahwin pada usia yang muda ye. Haha! Entry ini merupakan
pandangan aku terhadap kahwin muda ini. Mungkin juga boleh dijadikan sebgai
sumber rujukan ataupun pencetus idea kepada mamat-mamat ataupun minah-minah
diluar sana yang memerlukan 10 sebab kenapa ingin berkahwin awal, mungkin untuk
dibentangkan kepada ayah dan ibu masing-masing.
Peringatan: Kebaikan kahwin awal sangat banyak, keburukan
kahwin awal pun juga tidak kurang banyaknya!
Antara sebab kenapa perlu kahwin muda
1. Sudah ada yang berkenan di hati.
Untuk pengetahuan abah dan mama, saya telah menjumpai insan
yang berjaya menarik segala perhatian saya kepadanya. Senang cerita, saya telah
jatuh hati dengan dia. Orangnya baik,kuat agamanya,mempunyai ciri-ciri isteri
dan anak yang soleh,rajin,seorang yang bijak dan yang paling penting dia sudah
bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan juga seorang ibu yang
hebat! Orangnya sudah ada, kenapa perlu ditangguhkan lagi kan?
2.Ingin menjaga mata,hati dan kemaluan
Mama dan abah yang dikasihi, memang perkahwinan ini bukan
satu ruang untuk memuaskan nafsu semata. Namun kita perlu terima hakikat
penciptaan manusia itu sendiri,kita diciptakan bersama dengan nafsu. Setinggi
mana iman saya pada waktu itu, saya tetap tidak mampu untuk melarikan diri dari
zina mata,zina hati dan minta jauh pada zina kemaluan. Kiri kanan depan
belakang saya sentiasa berhadapan dengan wanita. Tidakkah lebih baik jika
pernikahan ini dipercepatkan agar mata,hati dan kemaluan saya lebih terjaga
dari fitnah-fitnah ini?
3.Mencari ketenangan
Apa perasaan mama dan abah bila mula-mula kahwin dulu? Mesti
mama dan abah rasa sangat-sangat tenang kan? Bila dah ada orang tersayang kat
sisi,jiwa sangat-sangat tenang. Ni bukan saya reka cerita. Ni dalam quran pun
ada sebut. Ketenangan ini yang saya perlukan. Ketenangan dalam jiwa,ketenangan
bila ingin beribadah dan juga ketengan dalam menuntut ilmu. Susah tau nak fokus
dalam pelajaran bila jiwa meronta-ronta.:)
4.Teman dalam pelajaran
Abah dan mama risau pelajaran saya akan terganggu bila saya
kahwin awal ye? Siapa cakap terganggu? Saya akan lebih bersemangat. Kahwin ini
bukan matlamat hidup saya. Kahwin ini untuk melancarkan lagi perjalan saya
menuju matlamat hidup saya yang utama. Isteri saya nanti boleh bersama
saya,memberi sokongan. Kami boleh berlawan-lawan dalam mendapat keputusan yang
lebih baik. Bukankah ini satu persaingan yang sihat? Dengan pasangan yang halal
pulak tu kan?:)
5.Teman dalam kehidupan
Ini mungkin perasaan peribadi dari diri saya sendiri. Setiap
manusia inginkan pasangan,ini fitrah. Mungkin naluri ini kelihatan terlalu awal
menggelegak dalam diri saya ini namun kita tidak boleh bunuhnya begitu sahaja.
Saya merupakan anak bongsu. Adik beradik saya semua sudah berkahwin. Secara
jujurnya,sekarang saya selalu rasa sangat sunyi. Bila datang masa saya jatuh
sakit, Ya Allahh..terasa sangat memerlukan seseorang berada disisi. Mama,dulu
mama boleh menjadi peneman setia saya. Namun sekrang saya sudah berada sangat
jauh dari mama. Saya perlukan seorang teman. Teman yang mampu mengambil tugas
seorang ibu.
6.Teman dalam perjuangan
Kehidupan ini merupakan satu perjalanan menuju satu
destinasi yang abadi. Ujian dan cubaan itu satu perencah dalam kehidupan ini.
Saya boleh dan mampu menempuh semua ini seorang diri. Namun ada kalanya saat
saya jatuh tersungkur,sedikit payah untuk saya bangun semula. Alanglah indahnya
ada seorang insan yang menjadi teman setia dalam perjalanan ini. Lebih kuat dan
teguh saya dalam perjalanan ini. Lebih laju dan berkualiti setiap masa kami.
Saya dalam kesedihan,dia boleh menjadi pengubat duka. Saya sedikit terlari dari
landasan,dia boleh kejutkan saya dan sama-sama mendirikan solat tahjud di malam
hari. Kami tidak mahu menjadi manusia biasa,kami ingin menjadi pejuang
agama,bangsa dan negara!
7.Hilang fokus
Mama dan abah yang amat saya cintai,masih kalian bersama
saya?Mari kita teruskan. Saya ada cita-cita yang sangat besar. Saya bukan
seorang budak univeriti yang tidak beragenda. Habis belajar,kahwin,dapat
anak,sambung belajar sampai phd,pergi kuliah-kuliah agama,beli harta
banyak-banyak sebagai aset dan seterusnya sehingga ajal menjemput. Saya bukan
berfikiran tipikal rakyat sebegitu. Saya ingin membina ummah. Dan perjalanan
ini sangat payah dan panjang. Namun buat ketika ini,hampir 50 peratus fokus
saya telah hilang. Kerana gangguan perasaan dan faktor lain. Saya amat risau
saya gagal sampai ke desitnasi. Saya memerlukan fokus itu kembali!
8.Remaja lebih produktif
Produktif ini bukan sahaja merujuk kepada zuriat hasil dari
perkahwinan ini. Saya ingin buang jauh-jauh slogan sebegini “Rileks laaa..Muda
lagi untuk kahwin. Enjoy dulu. Nanti menyesal baru tau.”. Slogan ini tidak ada
dalam kamus hidup saya. Enjoy dulu? Saya takut tempoh enjoy ini saya sia-siakan
dengan perkara yang langsung tidak memberi faedah kepada diri saya dan juga
ummah keseluruhan. Tidak merasa rugi ke? Lagi saya takut jika dalam tempoh ini
saya terus terjatuh kedalam arus maksiat. Nauzubillah! Bila saya berkahwin pasa
usia yang muda, ruang untuk melakukan perkara-perkara “enjoy” sedikit sebanyak
sudah tertutup. Saya selamat. Saya boleh fokus untuk terus berjuang dan
berjalan berlari menuju matlamat yang hakiki itu.Saya takut saya mati dalam
tempoh “enjoy” itu. Apa saya dapat? T_T
9.Menjadi lebih bertanggungjwab
Semoga dengan perkahwinan pada usia muda ini menjadikan saya
seorang yang lebih bertanggungjwab dan matang. Sekarang ini pun saya sedang
berusaha menjadi seorang yang bertanggungjawab. Mama dan abah taknak ke seorang
anak yang matang dan bertanggungjwab? Atau nak seorang remaja biasa yang pada
umur sekitar saya ini yang masih keluar lepak malam tanpa arah tuju dan agenda?
Lepak di kedai mamak sehingga lewat malam semata-mata untuk menonton perlawanan
bola sepak. Mesti tidak berkenan dengan jenis sebegini kan? Dengan sifat
tanggungjawab ini, tidak sanggup saya bermudah-mudah dalam pelajaran saya. Ini
masa depan saya. Insyaallah,tanggungjawab ini juga mampu menjadi pembakar obor
semangat saya untuk berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang.
10.Menjadi anak yang soleh
Saya ingin berkahwin awal ini pun bukan satu perkara
seronok-seronok,hanya untuk memuaskan nafsu sahaja. Tapi ini juga salah satu
kerangka dalam berubudiyyah kepada Allah. Salah satu jalan untuk saya lebih
dekat dan taqarrub dengan Dia. Semoga segala cabaran yang mendatang ini
menjadikan saya lebih dekat dengan Allah. Lebih beriman dan menjadi hamba yang
taat. Bila Allah cakap saya perlu menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua
ibu bapa, saya sebagai hamba Allah yang taat akan menyerahkan seluruh hidup
untuk menjadi anak yang soleh. Mama dan abah mesti gembirakan bila dapat anak
sebegini? Doakan saya menjadi anak yang soleh.
Dah habis dah? Ada satu lagi,Extra! Hehe..
11.Dapat menantu perempuan cepat.
Nampak seperti gurauan,tetapi itulah hakikatnya.Haha!
Setelah empat kali menyambut menantu lelaki sahaja, tak teringin menantu
perempuan cepat-cepat ke?Hehe..Mama..Abah..Bila kahwin ini,mama dan abah tidak
kehilangan saya.Jangan risau,mama abah bukan kehilangan anak. Sebaliknya,mama
dan abah mendapat anak baru. Makin bertambah dan berkembang keluarga kita..
insyaallah.. pasti ada.. allah sudah tentukan yang terbaek untuk kita :)
ReplyDeleteTiap sesuatu ada baik buruknya..
ReplyDelete