ヅ Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada
wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya
untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia terdengar azan ‘Isyak dan
menyedari bahawa wuduknya telah terbatal. Lalu dia berkata kepada ibunya: “Mak,
saya perlu ambil wuduk dulu dan solat ‘Isyak “
Ibunya terkejut: “Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu,
untuk melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan oleh
air.”
Tambah ibunya lagi: “Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat
sekarang! Wallahi… jika kamu ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi
kamu.”
Anak perempuannya menjawab: “Wallahi… saya tidak akan pergi
dari sini sehingga saya melakukan solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada
ketaatan kepada mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha Pencipta.!!”
Ibunya berkata: “Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul
dalam majlis perkahwinan sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak hodoh atau tidak
cantik di mata mereka! Mereka pasti akan mentertawakan kamu! “
Sambil tersenyum, anak perempuan itu bertanya: “Adakah ibu
bimbang kerana saya tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha
Pencipta saya? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak
lagi cantik di mata-Nya “
Dia mula berwuduk, dan semua make-up pada wajah telah
hilang, tetapi dia tidak peduli.
Kemudian dia memulakan solat itu dan pada masa dia turun
untuk sujud, dia tidak sedar bahawa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir!
Ya! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud! Pengakhiran
yang besar bagi Muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya! Ramai antara
mereka yang mendengar cerita ini begitu tersentuh!!
Beliau mengutamakan Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai
yang pertama dalam keutamaan hidup beliau, jadi pengakhiran terbaik yang
dianugerahkan oleh Allah pada mana-mana umat Islam yang layak memilikinya!
Dia mahu menjadi lebih dekat kepada-Nya, maka Allah
mengambil nyawanya pada saat di mana umat Islam berada paling dekat kepada-Nya!
SubhanAllah!
Dia tidak peduli jika dia tidak indah di mata makhluk,
asalkan dia cantik pada Maha Pencipta!
Wahai saudari Muslimah, bayangkan jika anda berada di tempat
itu! Apa yang anda akan lakukan? Apa yang anda akan pilih: pujian manusia atau
Maha Pencipta?
Wahai sekelian insan! Adakah kita ada jaminan bahawa kita
akan hidup untuk minit seterusnya? Jam? Atau bulan?!!
Tiada siapa tahu apabila saat mereka akan datang? Atau bila
kita akan bertemu malaikat Maut? Jadi, adakah kita bersedia untuk saat itu?
Wahai muslimah! Apa yang anda pilih: bersantai tanpa hijab
atau dirahmati Allah dengan memakai hijab?
Adakah kita bersedia untuk menemui Allah tanpa hijab?
Para Muslimin sekalian, yang mempunyai “hubungan halal” atau
“hubungan bebas”, adakah kita bersedia untuk menghadapi hari akhirat? Esok?!
Apa yang anda pilih? keseronokan dunia sementara ini atau kesenangan di
akhirat?!
Semoga Allah membimbing kita semua untuk keredhaan-Nya dan
memberikan kepada semua orang yang membaca kisah ini mendapat pengakhiran yang
baik, amin.. ヅ
sedihnya cerita dia...tahnx !! :)
ReplyDeletethx awak
Delete