Muzik-Muzik

Status Terkini

Online tak menentu.. Harap maklum.. ^_^

Followers

Mai Tinggai Jejak Sini

Teman Blog

Monday 10 September 2012

ヅ Idea Romantik - Tips Pasangan Bahagia ヅ

ヅSekiranya pasangan anda mempunyai tugasan di luar daerah, nyatakan padanya bahawa anda sangat risaukan keselamatannya. Oleh itu anda telah menyediakan pengawal peribadi khas… iaitu seekor teddy bear untuk menjaganya sepanjang ketiadaan anda.
ヅBeli bintang-bintang yang bersinar ketika dalam gelap, kemudian lekatkan pada siling tempat tidur anda dengan mesej “I Love U”. Apabila lampu dipadamkan, mesej anda akan muncul!
ヅJadi pasangan yang ringan tulang. Luangkan masa membantu si dia memasak di rumah ketika hujung minggu. Anda boleh membantunya menghiris bawang, memotong sayur, atau apa-apa saja tugasan dapur bergantung pada menu yang anda rancang bersama. Pasti pasangan anda berasa bertuah memiliki suami serajin anda!
ヅJadikan amalan solat bersama suatu kemestian. Wujudkan suasana syahdu selepas solat dengan mendoakan hubungan anda dengan pasangan agar terus diberkati dan harmoni.
ヅHadiahkan sesuatu yang digemari pasangan pada hari lahirnya ataupun di ulangtahun perkahwinan anda. Misalnya menghadiahkan haiwan peliharaan seperti kucing, arnab ataupun kura-kura kecil yang comel sebagai kejutan istimewa. Pasti si dia akan menghargai hadiah anda dan akan menjaga ia dengan sebaikbaiknya.
ヅAmbil hati ibu bapa dan ahli keluarganya. Setiap kali anda berdua pulang ke rumah ibu bapa mentua, jangan lupa belikan hadiah ataupun makanan kegemaran mereka. Pasangan anda tentu gembira dengan cara layanan anda terhadap kedua orang tuanya. Tidak mustahil si dia juga akan membuat perkara yang sama terhadap ibu bapa anda nanti.
ヅKirimkan jambangan bunga terus ke pejabat pasangan anda. Pasti ia akan mengembirakannya di samping komen dan perhatian yang diberikan oleh rakan sekerja.

Sumber: CIKGU MIM:)

TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

2 comments: