Muzik-Muzik

Status Terkini

Online tak menentu.. Harap maklum.. ^_^

Followers

Mai Tinggai Jejak Sini

Teman Blog

Sunday, 7 October 2012

ヅ Wanita... Lelaki ヅ

✿Wanita bukanlah seperti barang yang boleh di“booking” atau di“cancel” sesuka hati, jika tahu tidak mampu maka usahlah gatal menjalin hubungan cinta atau memberi harapan yg dusta. Itu adalah sebuah dosa yang mencemarkan kesucian wanita.

✿Tindakan “Approach” seseorang gadis, halal dilakukan bila niat & azam sudah tekad untuk bernikah, bersedia dan MAMPU. Jika tidak, PENDAMkan sahaja HASRATMU dan TERIMALAH TAKDIRMU!


TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

ヅ Yes I am ヅ

ヅ Kenapa aku buat tajuk cam kat atas tu ea??? "Yea itu aku".. Memang la aku. Ok.. Aku buat entry ney sebab kat alam nyata dan alam maya ney ramai yang salah anggap pasal diri aku. Eh2.. Aku ada buat salah ke yang sampai buat ayat salah anggap ney?? Bukannnn... Meh sini nak cite siket. Kat alam nyata atau kat luar sana tu, ramai yang anggap aku ney "adik". Depa tengok luaran aku teros depa panggil aku "adik", yang panggil tu pon bukannya besaq mana pon, tak silap aku dak sekolah lagi. Hahaha. Tak pa la, pape pon aku terima. Terima kasih .. Hahaha.. Jadi awex muda katakan... :P . Dah tu bila aku keluar mana-mana mesti ada  je yang dok bunyi tikus. Haii, banyak sangat ke tikus dok kat tempat tu?? Hahaha.. Yang dok bunyi tu dak-dak muda, dak bawah umur kot, muda dari aku.. Ish-ish, berhenti lah noh. Aku ney dah boleh jadi bini orang dah tau.. Hahahaha.. !@#$%%^&*
Ok. Ney part alam maya lak. Camna tu ea? Dalam laman sosial sekarang ney la contoh dalam blog, facebook, twitter, skype bagai tu la. Ada juga yang tanya umur aku, bila aku habaq depa tak caya lak, kata aku tipu la apa la. Dahhh, watpe nak tipu oiii. Ada pulak yang tanya "kecik ke?". Hahaha. Ye aku memang la kecik, tak besar mana pon, sebab tu la aku letak "SIKECIKANIS". Tinggi aku ney tak la tinggi mana 153cm je., berat aku xxkg.. hahaha., Rahsia la. Sebab bila ampa tengok aku depan-depan ampa takkan percaya umur aku. Ada yang cakap 15 la 16 la.. Tak pe aku tak kisah. Semoga aku ney selalu muda :P.. hehehe.. Sebenarnya aku dilahirkan pada tahun 1990 umur aku 22tahun tahun ney tapi lom sampai lagi. Lagi 11hari genap la usia aku 22tahun iaitu pada tarikh 18/10/2012.  Amacam??? Aku boleh tipu la dangan usia aku ney ea., Hahahaha., tapi aku tak jahat mana pon, nakal sket je ada la. Hahaha.. Bayangkan dulu time aku lepas SPM tahun 2007. Aku dengan famly bercuti kat Tambun Lost World tu, nak tau??? Ayah aku ambik tiket kanak-kanak kat aku. Hahaha., ambik kau anis. Satu lagi time p kat taman rama-rama kat Pulau Pinang. Sekali lagi ayah aku ambik tiket kanak-kanak kat aku. Sampai adik lelaki aku perli., "dik baru habis pmr ye?". Cisss., kea aku lagi. Hahaha..
Ok.. Full-stop.
semua ney sekitar tahun 90-an.. Haha., xde la., sekitar tahun 2010 n 2011. Kecik tak??? hahaha
peace... ヅ

TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Saturday, 6 October 2012

ヅ Sebelum dan Semasa ヅ

ヅ Tak nak taip banyak.. Just nak kongsi saja , sebelum dan semasa aku demam. :P
Time ney kuar jejalan, kena ujan panas
Dah abis jejalan, singgah umah tok :P
Dah dapat penyakit dah pon XD 
Ok... ney otw nak g klinik.. amacam??? :P
'
Ney ubat yang aku dapat.. Besar kan??? Aku makan yang kecik je la., hahahaha.. Terbaek kan???
P/s: aku dapat MC dah ヅ



TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

ヅ Fever and Flu Again ヅ

ヅ Hari aku tak g keja ada sebab. Dah kelmarin aku off day. Hari ney aku tak ley g keja, demam. Ye la dah kena hujan then kena panas. Cuaca tak menentu kat cney. Dapat la penyakit. Satu hal lagi aku tak kan makan ubat. YEEEE .. TAK kan makan ubat.. Aku ambik MC je.. hehehe..
Semoga aku cepat sembuh walaupun tak nak makan ubat..
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) ヅ


TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

ヅ Pemergian Arwah Adik Yasmin ヅ

ヅ Kat cney aku nak kongsi siket cerita pasal arwah dik yasmin ney. Walaupun aku tak pernah kenal dia, tapi aku pernah pergi tempat dia excident. Memang menyayat hati. Arwah bersama-sama dengan kawan arwah. Semua meninggal di tempat kejadian. Ampa pernah terdengar or terbaca kisah ney? "Tiga sahabat maut". Cerita mereka keluar akhbar Harian Metro, Kosmo, Sinar. Ok aku nak cerita part aku.
***
Time aku balek keja, aku teros balek rumah. Aku tak perasan pulak yang excident ada kat depan tu. Bila dah sampai rumah kawan sekerja aku text, cakap ada excident kat depan taman langkawi. Aku bagitahu ayah, then ayah nak pergi, so aku nak ekot jugak. Bila aku sampai sana, aku cuma lihat motor hancur, enjin terpelanting dan aku nampak darah kat tempat kejadian. Emmm, tempat tu memang bahaya siket. Ye la dah turun bukit pastu trafic light. Kereta semua laju-laju. Apatah lagi malam. Mereka ney naek satu motor tiga orang, mereka nak u-turn tapi ALLAH lebih sayangkan mereka. Van hotel laju teros langgar mereka. semua arwah terpelanting jauh. Aku dapat bayang macam mana kejadia tu berlaku. Aku sedih tengok tempat tu. Ada cina tu sembang dengan ayah aku, dia kata ney sejarah. Tak pernah lagi ada excident mati sampai semua orang. Semua arwah muda-muda lagi. Arwah bernama Yasmin J Hunwick dan sahabat arwah yang turut meninggal ialah Nur Ainaa Afiqah dan Nur Hazwani. Kebetulan arwah dik hazwani ney anak sedara kak kat tempat keja aku. Apa-apa pun mari kita semua sedekah Al-Fatihah untuk arwah... Aminnn..
Nak maklumat lanjut like page TerritoryYasminJHunwick[FB]
dan pergi Blog Arwah Yasmin
atau pun nak pergi ke blog-blog laen yang menuliskan kisah-kisah arwah msmypalestine.blogspot.com dan initentangaku-initentangaku.blogspot.com..
Ok laa., aku kongsi setakat ney je... Semoga arwah ditempatkan dengan orang-orang yang beriman dan dicucuri rahmat... Al-Fatihah.... Aminnnn ... ヅ


TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Wednesday, 3 October 2012

ヅ Sometime those incident make us realise how important our life are ヅ

ヅ Mungkin tertanya-tanya kenapa aku buat entry camney kan..., sebenarnya kadang-kadang kejadian yang dah berlaku mesti la kita lalui kan??? Dan kita sedar bertapa pentingnya kehidupan kita ney... Dan buat apa kita nak bermusuh-musuh, buat apa ada musuh dan nak cari musuh.. Past is past, u are right dear.. Kita hidup kat dunia ney sekejap je,. Kita maaf la kesilapan dan kesalahan apa yang dia lakukan dan kita juga perlu lah mohon maaf atas kesalahan kita lakukan.., Sedangkan nabi maafkan umatnya, kenapa kita tidak???
"i hope you are useful girl in the world"
Ayat kat atas tu aku tak kan lupa sampai bila-bila.., masuk tahun ney dah 7 tahun ayat ney masih dalam otak kepala aku... Kisahnya bermula salah faham.. Aku tak nak besar-besarkan hal tu tapi sifat cemburu ada dalam hati aku.. Tanpa aku fikir panjang, aku tak soal siasat dulu. Aku tak pakai helmet p serang dia. Aku tak fikir yang dia kawan aku time tu, yang aku fikir, aku marah dan cemburu sangat.. Tapi bila fikir-fikirkan sekarang memang tak guna bergaduh dan bermusuh dengan kawan.. Aku sebenarnya dah lama maafkan dia dan tak nak bermusuh sedikit pon dengan dia atau sapa-sapa kat dunia ney.. Sepatutnya kita ketepikan pasal masalah tu dan bincang tanya elok-elok.. Emm.., aku pon silap dulu..
Lepas kejadian tu, aku tak pernah tegur dia sampai la 2/10/2012.. Emmm, kejadian ney berlaku last year.. Lama jugak tu aku tak tegur dia., Dua jam yang lepas aku mula tegur dia., Alhamdulillah dia maafkan aku,. "past is past, sometime those incident make us realise how important our life are. Buatpe nak musuh lama-lama. Dah lama aby maafkan anis".,
Dah lama aku nak tegur dia tapi biasa la, takut dia masih simpan dendam or what kan.. Sebelum ney aku kerap mimpi aku terjumpa dengan dia dan kami mintak maaf dan berbaek semula.. Memang la hidup tak tenang bila ada yang tak selesai lagi.. Syukur Alhamdulillah kami berbaek semula pada 3/10/2012..
Aku kenal dia masa aku form3 umur aku 15tahun[2005] sekarang 22tahun[2012] Lama kan???  Satu sebab tu la aku tak nak gaduh dengan dia. Time tu parents aku hantar aku p kem time cuti sekolah. Biasa la cuti sekolah macam-macam aktiviti dianjurkan. Parents aku hantar aku p "summer camp" kat sekolah teknik dekat cney. Berapa hari tu aku tak engat la. Time tu aku segan malu sangat-sangat sebab tak kenal sapa-sapa. Tambahan aku pulak si pemalu tak bertempat. So kat sana aku dapat kenal kawan dari macam-macam sekolah. Aku mula rapat dengan dia. Aku dok tengok muka dia dengan kawan aku time kat sana [kawan aku tu pon dah lost contact]. Dia sekolah laen dan aku sekolah laen. Bila form4, dia pindah sekolah aku. Walaupun kami tak rapat tapi kami masih senyum, ye la dia dak pandai.. :) Dia ney aku puji la sebab dia comey, pandai. Dia pulak bakal jadi cikgu. Aku doakan dia semoga berjaya dalam bidang yang dia ceburi. Aminnn.. Aku harap perkenalan dan persahabat kekal sampai akhir hanyat... Insyaallah.... Aminnn...
***p/s: jangan tau serbu noh, tanya dan bincang dulu apa yang patut. jangan cemburu tak bertempat. hargailah kawan dan jangan putuskan atau tinggalkan sahabat kawan teman yang kita kenali .. kerana dunia ney hanya lah sementara so hargailah pemberian ALLAH.. TQ ヅ
 
maaf curi pic awak
tak wat pape pon juz dlm blog je
ヅ

TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Monday, 1 October 2012

ヅ Tak Boleh Tido ヅ

ヅ Adoiiiii.. Awat ntah hari ney aku tak ley tido... Emm., Pas subuh teros tak ley nak lelap mata,..
nahhh... Doa waktu pagi ヅ
***bosan..boring..emmmmm

TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK