Muzik-Muzik

Status Terkini

Online tak menentu.. Harap maklum.. ^_^

Followers

Mai Tinggai Jejak Sini

Teman Blog

Monday, 10 June 2013

ヅ AMBIL HATI DAN PERGI ヅ


ヅ Hai nama aku Clara. Umur aku baru cecah 25 tahun. Aku nak kongsi cerita apa yang terjadi pada aku dahulu dan ia amat menyakitkan aku. Cerita ni bermula dalam fb dah bertahun dah. Aku add ramai photographer  sebab aku minat gambar-gambar mereka, sangat cantik. Aku perasan yang aku add dia lama dah, tapi ntah kenapa tiba-tiba dia tegur aku dan tanya macam-macam pasal diri aku. Kebetulan aku minat pasal kamera-kamera ni. Dia tanya pasal pakwe la. Then dia cakap kalau dia suka kan aku boleh tak. Aku cakap la “ntah kita baru kenal”. Time tu aku jarang online, online sekejap je. Dia cakap susah nak contact aku sebab aku online tak tentu. So dia akan hantar mesej dalam inbox, kami jadi kawan. Selesa berkawan dengan dia. Lama kelamaan dia minta contact number aku, aku tak bagi, last dia yang bagi ke aku. Lepas tu kami contact dalam henset, dia mesej-mesej dan call-call. Time mesej aku lambat reply dia akan miscall atau call aku, dia cakap kenapa reply lambat la. Then ada pula time tu dia tak reply. So aku buat tak tau je la. Dia call, dia tanya kenapa aku tak reply la. Then aku cakap la yang dia tu tak reply bukan aku. Aku masih ingat lagi kata-kata dia ke aku “kalau saya lambat reply or tak reply tu call la sy”. Kami sudah lama berhubung dalam henset. Kami cadang nak berjumpa setelah dia minta nak jumpa aku. Dia cakap tunggu dia balik kampung dulu senang la nak jumpa. Dia bagitau aku yang abang dia nak bertunang, dia tanya boleh tak dia nak masuk minang aku. Aku cakap boleh aje kalau itu jodoh aku. Then aku ada bagitau dia kalau siapa-siapa yang akan minang aku dulu, dia lah jodoh aku. So sekali time tu dia pergi beli barang-barang tunang abang dia dengan mak dia. Dia call aku dia kata dia belikan untuk aku sama. Dia nak masuk minang aku sama. Aku tahu itu gurauan dia. Dia cakap “tak.., ni serius ni awak”. Last-last kami ketawa. Kata-kata dia bermain di otak aku “tak pernah lagi ada gurl cakap macam awak cakap ni”. Aku cakap apa ye?? “awak cakap tak payah bercouple then masuk minang je”. Aku dah taruh harapan kat dia. “saya tak kisah awak tua ke, yang penting saya nak awak”. Itu kata-kata dia yang aku tak dapat lupa sampai sekarang. Dia dah curi hati aku. Aku happy sangat time tu. Ada satu masa tu aku mesej dia call dia tapi dia tak reply dan tak jawab call aku. Aku rasa tak sedap hati. Aku buka fb aku tengok wall dia, dia masih active. Tapi kenapa aku dia abaikan time tu. Macam-macam yang bermain dalam otak aku ni. Dekat sebulan dia tak contact aku, tiba-tiba aku dapat mesej dari dia. Dia minta maaf tapi dia tak cakap sebab. Aku faham, dia dah ada gurlfren. Aku tak kisah tapi kenapa dia buat aku macam ni. Kenapa dia bagi harapan kat aku. Aku betul-betul tak dapat terima apa yang dia buat ke aku. Sekurang-kurangnya jangan bagi harapan kat aku. Aku dah mula jatuh hati kat dia tapi tiba-tiba dia tinggal aku macam tu je. Walaupun sakit, aku buka wall dia, tengok gambar-gambar mesra mereka. Aku doakan mereka bahagia. “Tapi awak dah curi hati saya, awak tinggal saya dengan keadaan begini”. Dan aku bersyukur aku masih ada orang yang menyayangi aku. Moral kat sini, “jangan la terlalu mengharapkan seseorang yang kita tak kenal dan jangan la beri dia harapan yang kita tak tau penghujungnya”. Ingat ye lelaki mahupun perempuan harus berjaga-jaga dalam cinta di alam maya ni. Jangan sampai memakan diri sendiri.



P/s: cite ni mungkin berlaku pada ramai perempuan dan lelaki kat luar tu kan. Cite kat atas ni dah setahun tapi baru nak publish ヅ
Watak dalam ni hanya lah dalam nukilan ni saja.

ヅ TENTANG ADMIN
Lokasi: dalam bilik
Mood: tengah bosan so buat la cite ni sambil dengar lagu.

TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Tuesday, 4 June 2013

ヅ Bulan Baru .. Baru Menjelma ヅ

ヅ Dah masuk bulan june., aku baru nak update entry.. lama betoi aku ketinggalan.. sebab pe??? hemm.., macam-macam., masalah nu la ney la.., yang susah sangat sebab tak bayaq bil broadband.. huhu... banyak aku nak cerita tapi tu la... adoii... ada sedih ada happy.. pape pon aku tabah untuk menghadapi ujian dalam fasa pertama ney.. moga-moga allah memelihara, memberkati hidup ku.. aminnn,...
dari kecik 
*
*
*
*
(time ney umuq 7 tahun kot)
*
*
*
*
sampai la besaq
*
*
*
*
(dah 23 tahun #jadi customer kat temapt keja)
*
*
*
*
*
(ada can dak jadi model???haha)
*
*
*
*
semoga allah memberkati hidup ku .. aminn,,



TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Thursday, 16 May 2013

ヅ Selamat Hari Guru | Happy Teachers Day ( Selamat Hari Ibu | Happy Mother Day ) ヅ

ヅ Sempena tanggal 16 Mei 2013 ney., aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU | HAPPY TEACHERS DAY untuk cikgu-cikgu yang mengajar aku dari tadika hingga lah ke ipt., HAA., TAK LUPA JUGAK KEPADA MY MUM : CIKGU CHE SOM BT AHMAD., "SELAMAT HARI GURU MAK!".. SELAMAT HARI GURU BUAT GURU-GURU DI MALAYSIA.. Selamat hari guru buat cikgu-cikgu di SK. SERI NEGERI, LANGKAWI, SK. PADANG MATSIRAT, LANGKAWI, SMK. TUNKU PUTRA, LANGKAWI dan POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN, PERLIS. Dan juga guru-guru laen ENCIK, CIK, PUAN, CHEF di tempat practical BIDARA PUTERI BEACH RESORT, MELAKA. Di tempat kerja THE LANAI HOTEL BEACH RESORT, LANGKAWI dan ARTISANS PIZZA, LANGKAWI. Terima kasih mendidik anak murid mu yang malas ney sehingga berjaya dan berdikari.,
*
*
*
*
*
Suatu ketika dahulu di sekolah., aku juga pernah ponteng kelas., dengan alasan malas belajar., tapi tak selalu., maafkan aku cikgu.,
aku juga malas buat tugasan yang diberi oleh cikgu., maafkan aku cikgu.,
kadang-kadang aku memberontak., maafkan aku cikgu.,
aku dan kawan-kawan sekelas selalu buat bagi cikgu marah., maafkan kami cikgu.,
aku rindu ARWAH CIKGU SASTERA merupakan guru kelas TINGKATAN 4-5 SASTERA 1 '2006-2007.. Cikgu adalah cikgu yang kami sayang dan didik kami hingga lulus., (al-fatihah).
*
*
*
*
*
Maafkan aku encik, cik, puan, ustaz, ustazah seandainya aku terkasar bahasa dan tingkah laku ku ketika di poli dahulu.. Terima kasih kerana didik ajar aku hingga berjaya..
*************************
************
***
*
*
12 MEI 2013., 
SELAMAT HARI IBU ( rasanya belom lambat aku post sebab masih bulan mei )... :D
Selamat hari ibu buat mak., PUAN. CHE SOM BT AHMAD...
Angah sayang makkk... Terima kasih jaga dan didik angah sampai besaq.. terima kasih jaga anak-anak seramai lima orang... angah hargai mak sampai bila-bila.. jasa mak akan angah kenang hingga akhir hayat., 
*
*
*
*
*
[gambaq nanti]

TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Wednesday, 15 May 2013

ヅ Diet Ibu Hamil ヅ

ヅ Ibu hamil bukan saja perlu meningkatkan jumlah pemakanan, tetapi perkara paling penting adalah sajian yang harus dimakan.

Kebiasaannya, wanita hamil memerlukan penambahan 300 kalori sehari daripada kebiasaan terutama apabila berada di trimester terakhir ketika bayi membesar dengan pantas.
Justeru, makanan berkhasiat boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi dalam kandungan.
Apabila hamil, apa saja makanan dan minuman yang diambil adalah sumber utama nutrien bagi bayi. Oleh itu, diet pemakanan yang diambil si ibu berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan ada golongan ibu yang dinasihatkan tidak mengambil sebarang risiko dengan mengambil diet yang boleh memudaratkan bayi seperti alkohol.
Hamil atau sebaliknya, mengamalkan diet sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi sememangnya penting. Bagi ibu hamil, penting untuk mempelbagaikan diet harian bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi.
ヅ Antara jenis makanan yang perlu diambil ketika hamil termasuk.

  • Buah-buahan dan sayur-sayuran. - Makanan ini perlu dijadikan hidangan lima kali sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad. 

  • Makanan berkanji. - Antara makanan berkanji yang disarankan termasuk roti, nasi, pasta dan ubi kentang serta ba–nyakkan pengambilan bijirin gandum penuh.

  • Makanan berprotein tinggi. - Pilihan daging, ayam, ikan, telur dan kekacang (soya). Selain itu, banyakkan memakan ikan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

  • Makanan berkalsium tinggi seperti susu, yogurt dan keju.

  • Makanan berserat tinggi. 

ヅ Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.

ヅ Pada masa sama, apabila membeli makanan basah seperti ikan, ayam dan daging, ia haruslah segar dan dijamin kebersihannya.

ヅ Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan. Perhatikan juga tarikh luput makanan dan pastikan pembungkus atau tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar atau kemek).

ヅ Walaupun perkara ini kelihatan remeh, ia penting kerana makanan yang tercemar atau sudah luput tarikhnya boleh menyebabkan keracunan makanan serta memudaratkan kesihatan bayi dalam kandungan.




TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Tuesday, 14 May 2013

ヅ Busung Atau Kanser ヅ

ヅ Mari kita kenali penyakit ini..

Sejenis sintom penyakit di mana keadaan perut seseorang menjadi kembung atau buncit. Penyakit ini di sebabkan oleh penyakit fizikal seperti kanser, masalah kegagalan jantung, hati atau buah pinggang, atau penyakit gangguan akibat terkena sihir.

Jenis-jenis atau Punca Penyakit:

1. Masalah kegagalan jantung mengepam darah ke dalam tubuh meyebabkan air yang banyak terkumpul di dalam badan. Akibatnya, perut atau kaki menjadi bengkak.

2. Masalah hati - penyakit hepatitis B atau C menyababkan terjadinya 'sirosis" atau masalah hapar.

3. Kegagalan buah pinggang - mengakibatkan air berkumpul di bahagian peritoneum dan bengkak pada kaki atau perut. Implikasinya seluruh badan kelihatan kekuningan, hilang selera makan, gatal seluruh badan, sukar bernafas serta pengeluaran air kencing berkurangan.

4. Kanser di dalam perut atau abdomen.

5. Kanser usus, kanser hati, kanser ovary atau uterus, kanser paru-paru.

6. Akibat terkena perbuatan sihir. 
Sintom:
1. Perut atau abdomen menjadi bengkak atau buncit.
2. Demam.
3. Hilang selera makan.
4. Berat badan menurun.
5. Terdapat darah di dalam najis.
6. Cirit birit.
7. Jika di sebabkan oleh sihir, pesakit akan merasa bisa pada waktu-waktu yang tertentu sahaja. 

SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT BUSUNG:

(Pesakit hendaklah berjumpa The Mystic Sufi Reiki terlebih dahulu sebelum memulakan amalan-amalan ini.)  

A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:
1. Surah Asy-Syu'araa' ayat 95 hingga 118, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t. 2. Surah Ar-Ra'd ayat 30 hingga 34, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

B. Amalan minggu ketiga dan keempat:
1. Surah Asy-Syura ayat 17 hingga 26, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t. 2. Surah Al-Maa'idah ayat 27 hingga 32, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.






TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Sunday, 12 May 2013

ヅ Alhamdulillah ヅ

ヅ Semangat aku hilang bila purse aku hilang malam tu., macam-macam aku terfikir, pasal keja la., kadang-kadang tu dah fade up dan give up.. nasib ada family ., banyak benda yang aku nak kena fikir dan lalui sekarang., aku bukan lah budak-budak belasan tahun lagi., aku dah boleh dikategori boleh jadi bini orang dah.. urmm., cepatnya masa berlalu.. 
kalau boleh biar lah semua ney settle dulu baru fikir nak keja baru, kalau akak aku dapat keja kat sana aku nak ekot dia dok sana gak la., cari pengalaman or keja tetap or whatever la., ramai yang kata keja luaq or jauh ngan family ney susah., sebenaqnya atas diri kita masing-masing.. dok p la keja kat mana pon jauh ka dekat ka sama ja kalau nasib or keliling kita ney., memang banyak dugaan dan cabaran dalam hidup.. hidup mana la yang senang lenang, semua susah-susah dulu.. betoi tak???
haa., fikir pasal purse tu pulak.. pagi tadi sebelum p keja, aku p balai plis nak buat report. polis tu kata tak payah la buat nanti susah adik la lambat proses la.. better adik p KDN, JPJ dan BANK teros,. aku pulak tak banyak cakap, aku blah ja la.. p masuk keja .. masuk keja ney dengan tak dak semangan nak keja, muka serabut pucat, otak serabai.. arghh tak sukanya hari ney!!! kenapa aku jadi gitu?? mana tidaknya., tidoq pon dua jam ja., masuk keja pagi., kenapa aku tidoq lewat??? ntah la aku dok pikiaq apa pon tak taw,. macam-macam aku rasa., nages dan bagai ., aku hanya diam.. masuk keja buat keja macam biasa ngan rasa sakit semua ada., not in mood la .. then tengah hari ayah call., tanya ciri-ciri purse aku tu., aku abaq semua tu., ALHAMDULILLAH.., seorang hamba ALLAH hantaq purse kat rumah., hilang kat KUAH, jumpa kat MATA AYER., dalam purse ada IC, KAD ATM, LESEN, NAME CARD, BIL-BIL/RESIT, DUET RM6 (termasuk duet RM2 x 2 duet lama koleksi aku) itu pon dia ambik., awat yang syiling tak ambik pulak.., tak pa la, syukur dah dapat balek., aku HALAL kan duet tu., tapi pelik la., ada NAME CARD baru warna HITAM dalam purse aku pulak tu.., yang sapa, PENCURI or PEMULANG?? tanda tanya banyak kali.... aku HAPPY, BERSYUKUR., hanya ALLAH boleh balas jasa baek ABANG  yang pulangkan purse aku., i don't know who u are., btw thanks a lot abang.. jasa abang akan aku kenang dan hargai sampai bila-bila walaupon aku tak pernah jumpa/tengok abang..
hanya ney yang tinggal.. haa.., NAME CARD HITAM ney la muncul...
siapakah dan bagaimanakah????
ALHAMDULILLAH ヅ

TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Saturday, 11 May 2013

ヅ WORK-RICH-KUNING ヅ

ヅ Hari ney hari SERABUT sedunia bagi aku... Tempat keja tu dah sah-sah serabut..., Ok tak pe, sabar lagi.. Cerita bermula dari cney!
*
*
*
*
*
Aku singgah makan kat Pappa Rich., ok la., Order.. Tunggu minuman dan makanan sampai., sampai ayaq satu ja, satu lagi tak sampai., tunggu lagi, dan tunggu.., tanya waiter "ok ok kejap"... Makanan dua-dua sampai., tapi ayaq tak sampai lagi., "ok ok"... BAPAKKKK KAU OK OK OK!!!.. Sampai la makanan habis hingga ke dessert..,fuhhh... pappa RICH kau!.. Baru sampai ayaq... Apecerrrr ney.., Ggrrrr... Bapak gila lambat.., dekat sejam kot tunggu., Ramai yang complaints kata service LAMBAT.., sampai dua jam pon ada.. Ehhhh.., biaq betoiii... Hadoiii..., Dah tu tak pa la.,
*
*
*
*
*
BALIKK
*
*
*
SAMPAI RUMAH
*
*
*
*
SEDAQ-SEDAQ PURSE TAK DAK..
*
*
*
HILANG!!!!!
#takut nak abaq kat ayah, tapi kena gak la., dah lalai.. huhu., kena beletiaq tu biasa la dah salah sendiri kan..
*
*
*
*
AKU LALAI... SEKIAN....
#purse kuning., ada ic, lesen, kad atm AmBank dan Bimb.., Duet??? Rm2 ja., tapi ada RM2 dua keping duet lama.. sayangggg.... Ya Allah.., memory enset aku!!!.. Baru engat... Huhuhu..
Area KUAH LANGKAWI.., Jumpa tlong antaq kat rumah or tempat keja ok... Sangat-sangat berterima kasih sapa yang jumpa ., hanya ALLAH yang mampu balas jasa kamu..., 
#esok p balai polis, report., Isnin baru boleh p KDN, JPJ, BANK... emmm.. ok...tata.. 

(nak update gambaq pappa rich pon dah takdak mood T_T)

TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK