Muzik-Muzik

Status Terkini

Online tak menentu.. Harap maklum.. ^_^

Followers

Mai Tinggai Jejak Sini

Teman Blog

Sunday, 12 May 2013

ヅ Alhamdulillah ヅ

ヅ Semangat aku hilang bila purse aku hilang malam tu., macam-macam aku terfikir, pasal keja la., kadang-kadang tu dah fade up dan give up.. nasib ada family ., banyak benda yang aku nak kena fikir dan lalui sekarang., aku bukan lah budak-budak belasan tahun lagi., aku dah boleh dikategori boleh jadi bini orang dah.. urmm., cepatnya masa berlalu.. 
kalau boleh biar lah semua ney settle dulu baru fikir nak keja baru, kalau akak aku dapat keja kat sana aku nak ekot dia dok sana gak la., cari pengalaman or keja tetap or whatever la., ramai yang kata keja luaq or jauh ngan family ney susah., sebenaqnya atas diri kita masing-masing.. dok p la keja kat mana pon jauh ka dekat ka sama ja kalau nasib or keliling kita ney., memang banyak dugaan dan cabaran dalam hidup.. hidup mana la yang senang lenang, semua susah-susah dulu.. betoi tak???
haa., fikir pasal purse tu pulak.. pagi tadi sebelum p keja, aku p balai plis nak buat report. polis tu kata tak payah la buat nanti susah adik la lambat proses la.. better adik p KDN, JPJ dan BANK teros,. aku pulak tak banyak cakap, aku blah ja la.. p masuk keja .. masuk keja ney dengan tak dak semangan nak keja, muka serabut pucat, otak serabai.. arghh tak sukanya hari ney!!! kenapa aku jadi gitu?? mana tidaknya., tidoq pon dua jam ja., masuk keja pagi., kenapa aku tidoq lewat??? ntah la aku dok pikiaq apa pon tak taw,. macam-macam aku rasa., nages dan bagai ., aku hanya diam.. masuk keja buat keja macam biasa ngan rasa sakit semua ada., not in mood la .. then tengah hari ayah call., tanya ciri-ciri purse aku tu., aku abaq semua tu., ALHAMDULILLAH.., seorang hamba ALLAH hantaq purse kat rumah., hilang kat KUAH, jumpa kat MATA AYER., dalam purse ada IC, KAD ATM, LESEN, NAME CARD, BIL-BIL/RESIT, DUET RM6 (termasuk duet RM2 x 2 duet lama koleksi aku) itu pon dia ambik., awat yang syiling tak ambik pulak.., tak pa la, syukur dah dapat balek., aku HALAL kan duet tu., tapi pelik la., ada NAME CARD baru warna HITAM dalam purse aku pulak tu.., yang sapa, PENCURI or PEMULANG?? tanda tanya banyak kali.... aku HAPPY, BERSYUKUR., hanya ALLAH boleh balas jasa baek ABANG  yang pulangkan purse aku., i don't know who u are., btw thanks a lot abang.. jasa abang akan aku kenang dan hargai sampai bila-bila walaupon aku tak pernah jumpa/tengok abang..
hanya ney yang tinggal.. haa.., NAME CARD HITAM ney la muncul...
siapakah dan bagaimanakah????
ALHAMDULILLAH ヅ

TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Saturday, 11 May 2013

ヅ WORK-RICH-KUNING ヅ

ヅ Hari ney hari SERABUT sedunia bagi aku... Tempat keja tu dah sah-sah serabut..., Ok tak pe, sabar lagi.. Cerita bermula dari cney!
*
*
*
*
*
Aku singgah makan kat Pappa Rich., ok la., Order.. Tunggu minuman dan makanan sampai., sampai ayaq satu ja, satu lagi tak sampai., tunggu lagi, dan tunggu.., tanya waiter "ok ok kejap"... Makanan dua-dua sampai., tapi ayaq tak sampai lagi., "ok ok"... BAPAKKKK KAU OK OK OK!!!.. Sampai la makanan habis hingga ke dessert..,fuhhh... pappa RICH kau!.. Baru sampai ayaq... Apecerrrr ney.., Ggrrrr... Bapak gila lambat.., dekat sejam kot tunggu., Ramai yang complaints kata service LAMBAT.., sampai dua jam pon ada.. Ehhhh.., biaq betoiii... Hadoiii..., Dah tu tak pa la.,
*
*
*
*
*
BALIKK
*
*
*
SAMPAI RUMAH
*
*
*
*
SEDAQ-SEDAQ PURSE TAK DAK..
*
*
*
HILANG!!!!!
#takut nak abaq kat ayah, tapi kena gak la., dah lalai.. huhu., kena beletiaq tu biasa la dah salah sendiri kan..
*
*
*
*
AKU LALAI... SEKIAN....
#purse kuning., ada ic, lesen, kad atm AmBank dan Bimb.., Duet??? Rm2 ja., tapi ada RM2 dua keping duet lama.. sayangggg.... Ya Allah.., memory enset aku!!!.. Baru engat... Huhuhu..
Area KUAH LANGKAWI.., Jumpa tlong antaq kat rumah or tempat keja ok... Sangat-sangat berterima kasih sapa yang jumpa ., hanya ALLAH yang mampu balas jasa kamu..., 
#esok p balai polis, report., Isnin baru boleh p KDN, JPJ, BANK... emmm.. ok...tata.. 

(nak update gambaq pappa rich pon dah takdak mood T_T)

TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Tuesday, 7 May 2013

ヅ Selasa # Off Day ヅ

ヅ Hari ney aku off day., aku tak taw nak p mana.,, ermm.. awal-awal pagi tadi kawan aku call ajak keluaq beli barang hamster dia., So aku bangun awal.. Kereta tak dak, kami merempit la.., Nasib tak hujan.. ^_^ Dah balek rumah kena la masak masak masak masak.., masak sejenis pon dah cukup eh.. hehe.. 

teka masak apakah ney??? hehehe.. resepi sendiri .. macam-macam aku letak rempah beratus... hoho...
*
*
*
Dannnnn..., dah lama sangat kot aku tinggal "ulat buku".. Aku dapat time besday 18/10..., Baca tak habis-habis lagi.. Padahal dua buah buku ja pon.... Bukan pe., aku ney PEMALAS dan """"ULATTTTT BUKUUU""""... Hahaha...
Hari ney aku nak baca tapi tak taw bila nak boleh habis.. Hoho..

Ermm.., baru baca "La Tahzan".. Dari dulu tak habis-habih cik anis oiii!!!!
*
*
*
Ok lahh.. cney aja ya aku kongsikan... dan kongsi gambaq lama akuuuu...

1 kitty: asyik posing ja ehh..
2 kitty: urmmm.. bosan., gaya sama..
3 kitty: aku letih tengok cik anis ney!
4 kitty: ok lahh.. aku tidoq dulu.. zzzzzZZZZzzzz!!!

####ok tata.., wassalam ヅ




TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

ヅ Hilang ヅ

ヅ Aku rasa lama aku hilang.... Erkk... Macam-macam aku alami,.. Otak aku ney terlalu kejang dah... sakit wehh.., ermm.. Tekanan tempat keja paling aku tak suka... Ggrrr,. Macam-macam karenah customer ngan staff .. Emm., Tambah-tambah bulan ney.., Ayooo... Banyak serabut la... Sorang-sorang buat perangai.., ada yang kena pecat., buat perangai lagi noh... Ok la.. Nothing happen .., just sharing this :)
*
*
*
*
*
nothing
*
*
*
*

*
*
*
kek besday abg zul: 07/05/2013..happy besday ke 28... (husband kak ana)...
^__^


TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Monday, 29 April 2013

ヅ 4 Langkah Gaya Hidup Sihat ヅ

ヅ ADAKAH anda bangun tidur sebelum matahari terbit dan pulang ke rumah setelah terbenamnya matahari? Atau adakah anda sering bergegas dari satu mesyuarat ke mesyuarat yang lain setiap hari? Mungkin anda pernah mengalami situasi tersebut malah sering berulang.  Sebaik-baiknya, pencegahan terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes, penyakit jantung, kanser dan sebagainya, harus dimulakan sejak kecil, namun masih belum terlambat untuk dimulakan sekarang. Jangan lagi bertangguh atau menunggu sehingga anda mengalami sakit dada baru anda mengambil berat tentang kesihatan. Mula amalkan pemakanan sihat dan kehidupan aktif sekarang.

Langkah 1 - 
Amalkan pemakanan sihat.
Sarapan - Kajian saintifik membuktikan jika anda memulakan hari dengan sarapan yang seimbang, anda boleh fokus, meningkatkan tahap tumpuan, kepintaran dan daya ingatan.  Makan tengah hari - Jangan sesekali tinggalkan makan tengahari tidak kira sibuk manapun anda. Namun begitu, elakkan makan terlalu kenyang yang boleh menyebabkan anda berasa kembung, mengantuk dan tidak produktif.  Makan Malam - Sentiasa ingat untuk mengambil makanan yang seimbang, pelbagai dan tidak makan berlebihan. Pulang awal ke rumah untuk makan makanan yang dimasak di rumah dengan ahli keluarga.

Langkah 2 - 
  • Pilih makanan dengan bijak.
  •  Sentiasa memilih makanan yang disediakan dengan cara sihat seperti mengukus, membakar atau sup berbanding makanan bergoreng.
  • Pilih makanan rendah lemak, gula dan garam.
  • Pastikan ada buah-buahan dan sayuran dalam sajian harian anda.
  • Elakkan mengambil terlalu banyak kuah, kerana ia biasanya tinggi lemak dan garam.
  • Pilih makanan berasaskan bijirin penuh.
  • Pilih makanan tinggi serat.
  • Minum banyak air kosong dan elakkan minuman manis dan bergas.

Langkah 3 - 
Jadi lebih aktif dengan bersenam.

Langkah 4 - 
Pantau kesihatan anda.
Rancang jadual pemeriksaan kesihatan anda secara berkala iaitu bulanan, suku tahun atau tahunan kerana anda perlu sentiasa mengetahui kedudukan tahap kesihatan anda. Anda juga boleh melakukan pemantauan diri sendiri seperti mengukur ketinggian dan berat badan supaya sentiasa dalam keadaan normal.  Untuk mengetahui lebih lanjut tentang maklumat pemakanan yang menarik, sertai kami di Karnival Bulan Pemakanan Malaysia 'Makan Dengan Betul, Jadi Aktif: Kekal Bebas Daripada Penyakit Berkaitan Diet' di Mid Valley Exhibition Centre (Hall 1) pada hari Jumaat dan Sabtu 3 dan 4 Mei 2013. Terdapat saringan kesihatan percuma, khidmat nasihat pemakanan oleh pakar pemakanan dan dietetik, aktiviti-aktiviti menarik dan banyak lagi. Jadi, bawa keluarga anda bersama dan sertai keriangan ini bermula jam 10 pagi.



sumber:utusan

Garis Panduan Diet Sihat Pandangan Islam








Dan Yang Lain





Sumber: google ヅ













TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Tuesday, 23 April 2013

ヅ Tips – Tips Menjaga Kulit Muka ヅ

Kulit wajah yang cantik, licin dan berseri memang menjadi idaman wanita. tekstur kulit yang sempurna boleh memberi hasil solekan yang sempurna. Untuk mendapatkan kulit wajah idaman, pastikan anda mengamalkan teknik penjagaan wajah yang asas iaitu Membersih, Menyegar dan Melembap. 

1. Pelembab 

a. Kulit Normal 

Kulit jenis ini memiliki kandungan minyak semula jadi. Tetapi, adakala ia menjadi kering kerana pelbagai faktor seperti cuaca, tekanan dan persekitaran. Anda disarankan memilih pelembab jenis ringan dalam bentuk losyen. 

b. Kulit Kering 

Kulit jenis ini amat perlu menggunakan pelembab untuk menjaga keanjalannya. Gunakan pelembab yang mempunyai tekstur lebih berat seperti krim. Jangan lupa sapukan juga krim malam sebelum masuk tidur setiap tidur. krim malam berfungsi menanggalkan sel kulit mati supaya wajah kelihatan lebih muda. 

c. Kulit Berminyak 

Anda tidak terlalu perlu menggunakan pelembab. Ini kerana kelenjar sebum sudah aktif mengeluarkan minyak. Bagaimanapun, anda boleh menggunakan pelembab yang mengandungi bahan menyerap minyak. Pilihlah yang bertekstur ringan iaitu dalam bentuk losyen atau gel dan yang penting berasaskan air. 

2. Tip untuk Solekan Natural & Segar 

a. Persediaan Kulit Wajah 
Pertama bersihkan kulit wajah menggunakan pembersih yang lembut. Ikuti penyegar yang tidak mengandungi alkohol. Alkohol akan membuat kulit kering, malahh ia tidak sesuai untuk kulit wajah, ia akan menyebabkan kulit mengelupas. Sapukan pelembab untuk mencegah kulit kering. 

b. Cerahkan Wajah 
Yang anda cari ialah kulit bersinar dari dalam, bukan berkilat kerana berminyak. Untuk kesan begini, sapukan ‘highlighter’di atas tulang pipi, tulang alis, dan bahagian tengah hidung sebelum menyapu bedak.

c. Periksa Cela Wajah 
Çoncealer’ berfungi untuk menutup cela pada wajah tetapi jika terlalu tebal dan banyak, ia akan membuatkan mekap kelihatan seperti topeng. Cara terbaik ialah sapukan ‘concealer’ secara tipis di tempat ternoda sebelum menggunakan alas bedak. 

d. Pilih Bedak yang Tepat 
Jika kulit berminyak, pilihlah bedak tabur yang ‘tranlucent’ untuk mencegah kulit semakin berminyak. sapukan secara merata, lebih2 lagi sekitar mata dan mulut. Sapukan bedak dengan menggunakan span besar. 

e. Bermain warna 
Tampil dengan makep tipis bukan bererti wajah anda kelihatan pucat. Naikkan seri wajah dengan memilih warna kontra pada gincu bibir. Pilihlah warna yang lembut seperti merah jambu (pink) cerah. Untuk mata, sebaiknya pilih jenis ‘matte’. Hindari pembayang ‘glossy’...

Sumber HAFIZAMRI

TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Wednesday, 17 April 2013

ヅ Sayang Aku ヅ

ヅ Mai pakat-pakat tengok depa ney... hehe

ヅ sissy 

ヅ kitty 


TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK