Muzik-Muzik

Status Terkini

Online tak menentu.. Harap maklum.. ^_^

Followers

Mai Tinggai Jejak Sini

Teman Blog

Tuesday, 7 May 2013

ヅ Hilang ヅ

ヅ Aku rasa lama aku hilang.... Erkk... Macam-macam aku alami,.. Otak aku ney terlalu kejang dah... sakit wehh.., ermm.. Tekanan tempat keja paling aku tak suka... Ggrrr,. Macam-macam karenah customer ngan staff .. Emm., Tambah-tambah bulan ney.., Ayooo... Banyak serabut la... Sorang-sorang buat perangai.., ada yang kena pecat., buat perangai lagi noh... Ok la.. Nothing happen .., just sharing this :)
*
*
*
*
*
nothing
*
*
*
*

*
*
*
kek besday abg zul: 07/05/2013..happy besday ke 28... (husband kak ana)...
^__^


TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Monday, 29 April 2013

ヅ 4 Langkah Gaya Hidup Sihat ヅ

ヅ ADAKAH anda bangun tidur sebelum matahari terbit dan pulang ke rumah setelah terbenamnya matahari? Atau adakah anda sering bergegas dari satu mesyuarat ke mesyuarat yang lain setiap hari? Mungkin anda pernah mengalami situasi tersebut malah sering berulang.  Sebaik-baiknya, pencegahan terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes, penyakit jantung, kanser dan sebagainya, harus dimulakan sejak kecil, namun masih belum terlambat untuk dimulakan sekarang. Jangan lagi bertangguh atau menunggu sehingga anda mengalami sakit dada baru anda mengambil berat tentang kesihatan. Mula amalkan pemakanan sihat dan kehidupan aktif sekarang.

Langkah 1 - 
Amalkan pemakanan sihat.
Sarapan - Kajian saintifik membuktikan jika anda memulakan hari dengan sarapan yang seimbang, anda boleh fokus, meningkatkan tahap tumpuan, kepintaran dan daya ingatan.  Makan tengah hari - Jangan sesekali tinggalkan makan tengahari tidak kira sibuk manapun anda. Namun begitu, elakkan makan terlalu kenyang yang boleh menyebabkan anda berasa kembung, mengantuk dan tidak produktif.  Makan Malam - Sentiasa ingat untuk mengambil makanan yang seimbang, pelbagai dan tidak makan berlebihan. Pulang awal ke rumah untuk makan makanan yang dimasak di rumah dengan ahli keluarga.

Langkah 2 - 
  • Pilih makanan dengan bijak.
  •  Sentiasa memilih makanan yang disediakan dengan cara sihat seperti mengukus, membakar atau sup berbanding makanan bergoreng.
  • Pilih makanan rendah lemak, gula dan garam.
  • Pastikan ada buah-buahan dan sayuran dalam sajian harian anda.
  • Elakkan mengambil terlalu banyak kuah, kerana ia biasanya tinggi lemak dan garam.
  • Pilih makanan berasaskan bijirin penuh.
  • Pilih makanan tinggi serat.
  • Minum banyak air kosong dan elakkan minuman manis dan bergas.

Langkah 3 - 
Jadi lebih aktif dengan bersenam.

Langkah 4 - 
Pantau kesihatan anda.
Rancang jadual pemeriksaan kesihatan anda secara berkala iaitu bulanan, suku tahun atau tahunan kerana anda perlu sentiasa mengetahui kedudukan tahap kesihatan anda. Anda juga boleh melakukan pemantauan diri sendiri seperti mengukur ketinggian dan berat badan supaya sentiasa dalam keadaan normal.  Untuk mengetahui lebih lanjut tentang maklumat pemakanan yang menarik, sertai kami di Karnival Bulan Pemakanan Malaysia 'Makan Dengan Betul, Jadi Aktif: Kekal Bebas Daripada Penyakit Berkaitan Diet' di Mid Valley Exhibition Centre (Hall 1) pada hari Jumaat dan Sabtu 3 dan 4 Mei 2013. Terdapat saringan kesihatan percuma, khidmat nasihat pemakanan oleh pakar pemakanan dan dietetik, aktiviti-aktiviti menarik dan banyak lagi. Jadi, bawa keluarga anda bersama dan sertai keriangan ini bermula jam 10 pagi.



sumber:utusan

Garis Panduan Diet Sihat Pandangan Islam








Dan Yang Lain





Sumber: google ヅ













TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Tuesday, 23 April 2013

ヅ Tips – Tips Menjaga Kulit Muka ヅ

Kulit wajah yang cantik, licin dan berseri memang menjadi idaman wanita. tekstur kulit yang sempurna boleh memberi hasil solekan yang sempurna. Untuk mendapatkan kulit wajah idaman, pastikan anda mengamalkan teknik penjagaan wajah yang asas iaitu Membersih, Menyegar dan Melembap. 

1. Pelembab 

a. Kulit Normal 

Kulit jenis ini memiliki kandungan minyak semula jadi. Tetapi, adakala ia menjadi kering kerana pelbagai faktor seperti cuaca, tekanan dan persekitaran. Anda disarankan memilih pelembab jenis ringan dalam bentuk losyen. 

b. Kulit Kering 

Kulit jenis ini amat perlu menggunakan pelembab untuk menjaga keanjalannya. Gunakan pelembab yang mempunyai tekstur lebih berat seperti krim. Jangan lupa sapukan juga krim malam sebelum masuk tidur setiap tidur. krim malam berfungsi menanggalkan sel kulit mati supaya wajah kelihatan lebih muda. 

c. Kulit Berminyak 

Anda tidak terlalu perlu menggunakan pelembab. Ini kerana kelenjar sebum sudah aktif mengeluarkan minyak. Bagaimanapun, anda boleh menggunakan pelembab yang mengandungi bahan menyerap minyak. Pilihlah yang bertekstur ringan iaitu dalam bentuk losyen atau gel dan yang penting berasaskan air. 

2. Tip untuk Solekan Natural & Segar 

a. Persediaan Kulit Wajah 
Pertama bersihkan kulit wajah menggunakan pembersih yang lembut. Ikuti penyegar yang tidak mengandungi alkohol. Alkohol akan membuat kulit kering, malahh ia tidak sesuai untuk kulit wajah, ia akan menyebabkan kulit mengelupas. Sapukan pelembab untuk mencegah kulit kering. 

b. Cerahkan Wajah 
Yang anda cari ialah kulit bersinar dari dalam, bukan berkilat kerana berminyak. Untuk kesan begini, sapukan ‘highlighter’di atas tulang pipi, tulang alis, dan bahagian tengah hidung sebelum menyapu bedak.

c. Periksa Cela Wajah 
Çoncealer’ berfungi untuk menutup cela pada wajah tetapi jika terlalu tebal dan banyak, ia akan membuatkan mekap kelihatan seperti topeng. Cara terbaik ialah sapukan ‘concealer’ secara tipis di tempat ternoda sebelum menggunakan alas bedak. 

d. Pilih Bedak yang Tepat 
Jika kulit berminyak, pilihlah bedak tabur yang ‘tranlucent’ untuk mencegah kulit semakin berminyak. sapukan secara merata, lebih2 lagi sekitar mata dan mulut. Sapukan bedak dengan menggunakan span besar. 

e. Bermain warna 
Tampil dengan makep tipis bukan bererti wajah anda kelihatan pucat. Naikkan seri wajah dengan memilih warna kontra pada gincu bibir. Pilihlah warna yang lembut seperti merah jambu (pink) cerah. Untuk mata, sebaiknya pilih jenis ‘matte’. Hindari pembayang ‘glossy’...

Sumber HAFIZAMRI

TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Wednesday, 17 April 2013

ヅ Sayang Aku ヅ

ヅ Mai pakat-pakat tengok depa ney... hehe

ヅ sissy 

ヅ kitty 


TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Sunday, 14 April 2013

ヅ Cari Jodoh: Langkah 1,2,3. ヅ

ヅ 4 perkara ditetapkan di alam rahim ; rezeki,ajal,maut  dan jodoh 
- camna nak berhadapan dengan 4 ni? 
 

1) perlu dicari (wajib usaha) 
2) wajib tawakal - prinsip rezeki ialah ia dtg selaras dgn tanggungjawab yg kita perlu laksanakan 
-letak Islam sebagai misi utama,baru Allah datangkan jodoh untuk melengkapkan jodoh kita.. 




 kaedah dapat jodoh: 1) jadi baik 
2) ikut org baik 
3) ikut cara baik iaitu akidah,syariat & akhlak 
 


cara mendekati jodoh: 1) guna org tengah 
2) guna ibubapa 
3) diri sendiri ^_^  rezeki yg dicari baik,rezeki yg ditemui lebih baik =)  yg menjadi hak kita tetap akan datang samada cepat atau lambat..   





#sumber:  http://ohgadisitu.blogspot.com/2013/04/cari-jodoh-langkah-123.html ヅ

TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Tuesday, 9 April 2013

ヅ Demam KUNING kat LANGKAWI ??? ヅ

ヅ Lorhh.. Siapa yang demam kuning?? Ayah aku la.. Dia kata kat FB dia..
DEMAM KUNING..., Kenapa??
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Haa.. KUNING kan?? Lokasi ney kat PEKAN KUAH, LANGKAWI.. Tempat pejabat ayah aku.. Aku lalu nak pergi keja tadi pon aku dah jatuh hati., sejuk je tengok.. hehe.. Tapi cian pulak tukang sapu kena bersihkan ney... Rasa macam nak maen je bunga ney.. Hehe.., Sangat-sangat cantek...
Susah nak tengok musim bunga ney..

#ambik kat fb ayah aku.. photographer : mydad [ahmadrosleeabdrahman] ヅ


TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Monday, 8 April 2013

ヅ Khasiat Makan Epal Hijau Untuk Kesihatan Badan ヅ

ヅ Jangan lupa, menjelang sarapan pagi ,buah epal hijau patut anda makan.Kenapa ? Hebat sangat kah epal hijau ni?

Buah epal hijau ni telah diuji dapat mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik.


Masih ada lagi beberapa keistimewaan nya iaitu :

1. Mengurangkan kadar kolestrol pada dinding salur darah
2. Memelihara jantung
3. Menjaga membran paru-paru.
4. Menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
6. Mengawal berat badan
7. Penyakit asma
8. Barah

Petua makan epal hijau adalah dengan makan sebiji sekali dengan kulitnya.Kerana terdapat vitamin C dibawah kulitnya.

#sumber: FUH.MY

TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK