Muzik-Muzik

Status Terkini

Online tak menentu.. Harap maklum.. ^_^

Followers

Mai Tinggai Jejak Sini

Teman Blog

Thursday, 4 April 2013

ヅ Kisah ketaatan Fatimah Az Zahra kepada suaminya Sayyidina Ali boleh menjadi panduan dan inspirasi kepada isteri-isteri di luar sana ヅ

ヅ Isteri wajib taat kepada suami. Dah termaktub kewajipan seorang isteri mentaati suaminya.
Fatimah Az Zahra tidak pernah mengeluh dengan kekurangan dan kemiskinan keluarga mereka. Tidak juga dia meminta-minta hingga menyusah-nyusahkan suaminya. Meski begitu, kemiskinan tidak menghalangi Fatimah Az Zahra untuk selalu bersedekah. Dia tidak sanggup untuk kenyang sendiri apabila ada orang lain yang kelaparan. Dia tidak rela hidup senang dikala orang lain menderita. Bahkan dia tidak pernah membiarkan pengemis melangkah dari pintu rumahnya tanpa memberikan sesuatu meskipun dirinya sendiri sering kelaparan.


Pernah suatu hari, Fatimah Az Zahra telah membuat Ali terusik hati dengan kata-katanya. Menyadari kesalahannya, Fatimah Az Zahra segera meminta maaf berulang-ulang kali.
Melihat air muka suaminya tidak juga berubah, maka Fatimah Az Zahra berlari-lari seperti anak kecil mengelilingi Ali. Tujuh puluh kali dia 'tawaf' sambil merayu-rayu mohon untuk dimaafkan. Melihat tingkah laku Fatimah Az Zahra itu, tersenyumlah Ali dan lantas memaafkan isterinya itu.
"Wahai Fatimah, kalaulah dikala itu engkau mati sedangkan suamimu Ali tidak memaafkanmu, nescaya aku tidak akan menyolatkankan jenazahmu," Rasulullah SAW memberi nasihat kepada puterinya itu saat perkara ini sampai ke telinga Nabi SAW.
Begitulah yang ditetapkan Allah SWT mengenai kedudukan suami sebagai pemimpin bagi seorang isteri. Betapa seorang isteri itu perlu berhati-hati di saat berhadapan dengan suami. Apa yang dilakukan Fatimah Az Zahra itu bukanlah suatu kesengajaan.
Semoga kita mengambil hikmah dari kisah agung ini. InsyaAllah..


#sumber dari blog laen ...


TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Wednesday, 27 March 2013

ヅ Telatah M.E.R.E.K.A ヅ

ヅ Nak tengok budak-budak ney???
Jom..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Amacam?? Hehe.. ヅ
#klik gambar untuk besar..

TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Monday, 25 March 2013

ヅ Bronok / Bronoq ヅ

ヅ Tau apa kah nama itu? Konfom tak taw kan kan kan???
Orang LANGKAWI ja kot yang taw, atau mungkin orang yang pernah mai cney or makan benda ney...
Dia ney sejenis kehidupan laut, lembut dan tinggal dalam selut., boleh dikategorikan GAMAT atau TIMUN LAUT., tapi ney sejenis lagi satu, iaitu BRONOQ., cuba sebut tengok... B.R.O.N.O.Q.. Orang Langkawi tipu lah tak taw or geli nak makan., bukan rasa apa pon., makan mentah-mentah je pon,. JANGAN MASAK OK! Kenapa??? Haa., bila ampa masak bronoq ney, lama-lama dia akan hancur, hilang dalam air yang panas,. dia tak macam GAMAT, gamat boleh diMASAK.. Ok.. Bronoq ney orang Langkawi dok buat KERABU.. Memang sedap la.. Tapi susah nak dapat sebab ikut musim jugak la.., Dalam selut.. Nak tengok rupa dia? Memang la ampa semua akan geli tapi,.. BELUM CUBA BELUM TAW!. Dah tu kalau mai Langkawi jangan la lupa makan KERABU BRONOQ ney ye..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
ヅ ney rupa bronoq yang hidup, teros dari selut...

ヅ ney la hasil kerabu bronoq.. SEDAP!

###tak percaya? cuba ampa GOOGLE ..Baca tengok.. Selamat mencuba ヅ


TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Wednesday, 20 March 2013

ヅ Renungan ヅ

ヅ Aku tak mau cakap pape.., nak suruh ampa faham sendiri bila tengok gambar ney., MELAYU, ISLAM..
Dunia sekarang... bukan nak aibkan tapi ambik pengajaran la ye..
buat renungan.. ^__^



#melayu kita mudah terpengaruh tambah-tambah generasi muda.. jadi tolong ambik iktibar dan pengajaran ye.. awasi anak-anak, adik-adik kamu.. 



TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Tuesday, 19 March 2013

ヅ Serlahkan Tarikan Bibir ヅ


ヅ Hati siapa tidak tertawan melihat bibir yang manis menawan ketika menguntum senyuman.
Sebagai cermin kepada kecantikan diri, kamu perlu memastikan anggota tubuh yang sering menjadi perhatian ramai itu sentiasa berada dalam keadaan sihat dan menarik.


Jesteru, segala masalah termasuk bibir kering, pecah serta hitam perlu diatasi segera. Ini kerana masalah itu boleh mencacatkan penampilan kamu yang mana ia juga boleh membuat kamu terdedah kepada jangkitan mulut.
Berikut beberapa rahsia kecantikan turun-temurun yang mudah dan masih praktikal untuk kamu amalkan bagi mendapatkan bibir yang merah dan berseri.



PUNCA BIBIR KERING DAN HITAM

1- Kulit tipis yang melindungi bibir amat sensetif pada benda asing (kosmetik) dan apabila dilapisi dengan gincu yang tidak sesuai, ia akan menyebabkan warna bibir menjadi gelap.


2- Cuaca yang tidak menentu seperti panas terik atau terlalu sejuk juga boleh menyebabkan bibir kamu menjadi sensetif.


3- Salah satu cara untuk mengetahui kamu mengalami dehidrasi atau tidak adalah melalui bibir. Jika terdapat gangguan dalam keseimbangan cairan atau air di dalam tubuh, bibir kamu akan menjadi pecah.


4- Gemar menjilat bibir untuk melembapkan tetapi tabiat itu hanya akan membuat bibir menjadi semakin kering.


5- Merokok juga menjadi punca bibir kelihatan hitam. Kandungan bahan kimia yang terdapat di dalam rokok menyebabkan sel-sel darah merah yang mati akan mengeluarkan pigmen dan berkumpul pada bibir.



TIP PENJAGAAN BIBIR
1- Bagi kamu yang mengalami masalah bibir kering, jangan abaikan penggunaan pelembap bibir pada setiap hari. Gunakan pelembap yang dapat melindungi daripada sinaran ultra ungu. Selain melembap, penggunaan salap dapat memerahkan bibir.


2- Ketika membeli gincu, perhatikan dahulu label kandungannya. Pilihlah gincu yang mengandungi emolien, pelembap serta bahan-bahan semula jadi.


3- Daripada menjilat bibir untuk melembapkannya,  lebih baik basahkan bibir dengan air putih. Jadi, jika kamu merasakan bibir menjadi kering, cukuplah sekadar meminum air putih untuk membasahkan bibir.


4- Sebelum tidur, jangan lupa membersihkan bibir bagi menyingkirkan bahan kimia yang terkandung di dalam gincu.


5- Banyakkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran. Pilihlah sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengadungi vitamin C, B, E dan  mineral. Kadar air  yang terdapat pada bibir juga membantu tubuh terhindar daripada dehidrasi.



PETUA

Melembapkan bibir
Rendam satu uncang teh di dalam cawan, kemudian angkat uncang tersebut dan biarkan sejuk. Letakkan uncang teh tadi di atas bibir dan biarkan selama lima minit. Setelah bibir dibiarkan kering kira-kira sepuluh minit, barulah dibersihkan.


Bibir kering dan pecah
Bancuh air suam bersama gula merah dan sedikit asam jawa. Minum air campuran tersebut. Amalkan beberapa kali dan lama-kelamaan masalah bibir kering dan pecah akan beransur pulih.


Memerahkan bibir
Selain mentega, kamu juga boleh menyapu madu lebah asli pada bibir setiap malam sebelum tidur dan lakukan setiap hari untuk mendapat bibir merah secara semula jadi.


*sumber: utusan malaysia..


TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Monday, 18 March 2013

ヅ SimSimi ヅ

ヅ Tak mau coret banyak.. Hahaha..



TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Friday, 15 March 2013

ヅ Tip Tidur Yang Mencukupi ヅ

ヅ TERATUR
Pastikan kamu mendapat tidur sekurang-kurangnya tujuh jam setengah mengikut waktu yang tetap pada setiap malam.
ヅ BANTAL EMPUK
Salah satu elemen yang membantu kamu mendapatkan tidur yang mencukupi adalah bantal. Pastikan kamu memilih bantal yang sesuai bagi mengelakkan masalah 'salah bantal' ketika bangun tidur pada waktu pagi nanti.
ヅ KUALITI BUKAN KUANTITI
Jika setiap kali kamu terjaga daripada tidur, tubuh berasa segar dan bertenaga, itu bermakna kamu mempunyai tidur yang berkualiti biarpun hanya lena selama enam jam sahaja.
ヅ SUASANA
Bagi memudahkan kamu tidur pada waktu yang ditetapkan, wujudkan suasana tidur yang nyaman dalam kamar. Mungkin kamu boleh menggunakan teknik bau-bauan (aromaterapi) atau mendengarkan muzik sambil membaca bahan bacaan ringan bagi mewujudkan suasana tenang sebelum tidur.
ヅ GAYA TIDUR
Posisi ketika tidur turut memainkan peranan dalam memastikan kamu mendapat tidur yang sempurna. Kedudukan tulang belakang dan tulang leher perlulah selari bagi mendapatkann posisi tidur yang betul.
sumber: com.kesihatan
#time update aku baru bangon, loteh punya pasal haaa... *_*
Selamat membaca ヅ

TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK