Muzik-Muzik

Status Terkini

Online tak menentu.. Harap maklum.. ^_^

Followers

Mai Tinggai Jejak Sini

Teman Blog

Tuesday, 18 December 2012

ヅ Rindunyaaa kat BLOG aku ヅ

ヅ Lama gila kan aku tak update blog ney.. huhu... T_T .. Aku rindu gila-gila kat blog aku ney.. Ramai kawan-kawan yang komen, follow, visit tapi aku tak balas.. Ney baru aku on.. Ye la selalu dok online guna enset.. Tak kan nak online blog guna enset kan.. Tak reti aku.. Banyak benda yang aku nak kongsi tapi hilang gitu je... hukhukhuk..
Banyak kisah gembira dan duka aku.. Aku dah hadapi semuanya :) .. Dan akan aku lalui gak.. 
**** Aku dah dapat maksu baru., heee... 22/12 ney kenduri pihak laki-laki.. Aku lak cuti 8 hari.. Fuhh... Nak REST betoi-betoi la.. REFRESH badan sket.. Hehehe.. 
**** Hilang habis cerita aku... ADIK AKU GAYUT KUAT SANGAT EHHH... gggrrrrr...
Ok la nanti aku update lagi k.. Miz u all .. Muuaaahhh :P
Salam ヅ

TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Sunday, 9 December 2012

ヅ Ikhlas Harus Wujud ヅ

~✿..Saya tahu saya tidak cantik, tapi walupun saya tidak cantik..saya tetap ada KELEBIHAN, kerana saya tidak cantik..maka, saya tidak mendapat FITNAH dan CEMBURU daripada wanita-wanita lain..kerana saya tidak cantik, maka..saya tidak mengharapkan PUJIAN dari mana-mana lelaki atau wanita dan akhirnya kerana saya tidak cantik, saya MENEMUI insan IKHLAS mencintai saya seadanya..✿~





TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Saturday, 8 December 2012

ヅ Kebaikan dan Keindahan ヅ

ヅ Bismillah..

Kebaikan tak selalu mendapat perlakuan baik. Kerana mata lebih melihat kepada SIAPA yang melakukan, bukan APA yang dilakukan.

✿»♥ Unzur ma qoola wa laa tanzur man qoola ♥«✿

Lihatlah apa yang dikatakan jangan melihat siapa yang mengatakan

Islam itu indah, Islam itu Bijak betapa Allah mengaturnya dengan sedemikian
rapinya untukmu Ummat Terbaik :) Subhana Allah.. Allahu Ahad !! Allahu Akbar !



TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Sunday, 2 December 2012

ヅ Tak Dak Keja Cari Keja ヅ

ヅ Lalalala.. Tak dak keja cari keja.. Lalala.. Hahaha.. Dah macam lagu maaa... :P
Hari-hari wa keja maa, cuti satu hari saja...
Capital is coming
B>O>R>I>N>G

ヅ

TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Saturday, 1 December 2012

ヅ PENGANTIN MENINGGAL SEMASA SOLAT ヅ


ヅ Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia terdengar azan ‘Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal. Lalu dia berkata kepada ibunya: “Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan solat ‘Isyak “

Ibunya terkejut: “Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan oleh air.”
Tambah ibunya lagi: “Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang! Wallahi… jika kamu ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu.”
Anak perempuannya menjawab: “Wallahi… saya tidak akan pergi dari sini sehingga saya melakukan solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada ketaatan kepada mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha Pencipta.!!”

Ibunya berkata: “Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis perkahwinan sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak hodoh atau tidak cantik di mata mereka! Mereka pasti akan mentertawakan kamu! “

Sambil tersenyum, anak perempuan itu bertanya: “Adakah ibu bimbang kerana saya tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha Pencipta saya? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak lagi cantik di mata-Nya “

Dia mula berwuduk, dan semua make-up pada wajah telah hilang, tetapi dia tidak peduli.

Kemudian dia memulakan solat itu dan pada masa dia turun untuk sujud, dia tidak sedar bahawa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir!

Ya! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud! Pengakhiran yang besar bagi Muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya! Ramai antara mereka yang mendengar cerita ini begitu tersentuh!!

Beliau mengutamakan Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai yang pertama dalam keutamaan hidup beliau, jadi pengakhiran terbaik yang dianugerahkan oleh Allah pada mana-mana umat Islam yang layak memilikinya!

Dia mahu menjadi lebih dekat kepada-Nya, maka Allah mengambil nyawanya pada saat di mana umat Islam berada paling dekat kepada-Nya! SubhanAllah!

Dia tidak peduli jika dia tidak indah di mata makhluk, asalkan dia cantik pada Maha Pencipta!

Wahai saudari Muslimah, bayangkan jika anda berada di tempat itu! Apa yang anda akan lakukan? Apa yang anda akan pilih: pujian manusia atau Maha Pencipta?

Wahai sekelian insan! Adakah kita ada jaminan bahawa kita akan hidup untuk minit seterusnya? Jam? Atau bulan?!!
Tiada siapa tahu apabila saat mereka akan datang? Atau bila kita akan bertemu malaikat Maut? Jadi, adakah kita bersedia untuk saat itu?

Wahai muslimah! Apa yang anda pilih: bersantai tanpa hijab atau dirahmati Allah dengan memakai hijab?

Adakah kita bersedia untuk menemui Allah tanpa hijab?

Para Muslimin sekalian, yang mempunyai “hubungan halal” atau “hubungan bebas”, adakah kita bersedia untuk menghadapi hari akhirat? Esok?! Apa yang anda pilih? keseronokan dunia sementara ini atau kesenangan di akhirat?!

Semoga Allah membimbing kita semua untuk keredhaan-Nya dan memberikan kepada semua orang yang membaca kisah ini mendapat pengakhiran yang baik, amin.. ヅ

TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Friday, 30 November 2012

ヅ Selamat Pagi CINTA ヅ

ヅ Semoga dipermudahkan segala urusan dan dirahmati Allah SWT selalu pada pagi ney..
Keja elok-elok ye pada yang bekerja :)



TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Sunday, 25 November 2012

ヅ Moist Chocolate Cake ヅ

ヅ Nyummm-nyummm... Tajuk pon dah sedap an... Ney aku wat... Hoho., 1st time wat pas aku habis study.. Dah lama tak sentuh barang-barang wat kek ney ... Bahan-bahan pon beli lama... Tapi baru wat.. Ape cerrr..  Hhahaha., Saksikan :D

Aku pon tak rasa lagi., aku simpan dalam chiller dulu.. :D
nyumm2...


TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK