Muzik-Muzik

Status Terkini

Online tak menentu.. Harap maklum.. ^_^

Followers

Mai Tinggai Jejak Sini

Teman Blog

Tuesday, 16 October 2012

ヅ Ngidam Kek ヅ

ヅ Nakkkk., teringin nak makan moist chocolate cake!!!! Sapa-sapa nak bagi or buatkan ke aku tak??? Hahaha., Nak yang fresh!!!
cerewek tol la anis ney!!! Its normal to me. Hahaha..
ヅ

TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Monday, 15 October 2012

ヅ Di T.E.R.J.A.H bak M.E.L.O.D.I ヅ

ヅ Tadi aku dapat call dari member aku. Dia call nak tanya something ke aku. "Nak tanya ney, jawab betol-betol noh, dengar kata nak KAWEN next year". Alamakkk.. Call semata-mata nak tanya hal tu... Malu aku -.-' . Emm.. Aku pon kata la "Tau mana ney? Sapa yang gosip ney". "Ada la someone bagitahu". Alamak macam melodi pulak maen terjah-terjah ney. Errkk macam artis pulak ea. Memang aku nak kawen tapi tak tau bila. Kalau aku nak kawen aku akan jemput kawan-kawan aku yang jauh/dekat, jangan risau k :P .. Lagi pon gosip ney tak salah tapi terkejut. ALAMAK TAU MANA NEY... zzzzzz
Tak silap aku gosip macam ney dari dulu lagi. Dari aku dok study la. Yang tu gosip aku dah bertunang. Adoiii..
Kursus kawen pon tak lagi, merisik pon tak lagi, bertunang pon tak lagi so sabar ea, t aku umum.. Hahaha.. Yang penting benda baek itu haruslah diteruskan. Semoga dipermudahkan segala urusan. Aminnn.. Doakan untuk aku ye ^_^. 
*
*
*
*
*
GOOGLE
KENAPA DENGAN GOOGLE?? HAA..NANTI SENANG LA AMPA NAK CARI AKU KAT EN.GOOGLE NEY. HAHAHA. TAK LA AKU CUMA NAK TUNJUK JE YANG EN.GOOGLE NEY WAT PIC NEY, CANTIK :)
kan kan kan??? ヅ
*
*
*
*
SAMBUNGAN
nak tengok lagi??? g tekan sendiri pulak, tak larat dah., haha ヅ


TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Sunday, 14 October 2012

ヅ Nasib Badan ヅ

ヅ Ermmmm., Bosan la pulak. Nak BW ke blog-blog pon susah. Nak tau kenapa? Tak laen tak bukan LINE la punya pasal, lembab lembut macam lintah bulan =_=" . Eeeuuuwww., LINTAH??? Meremang roma aku. Tu la sebabnya. Penat aku dok tunggu lama coverage kat sini macam apa lagi. Ada juga blogger-blogger yang ajak join segmen tapi AKU MINTAK MAAF YE sebab kebelakangan ney aku buzy tambah-tambah line "laju" sangat xD. Tak sempat nak join, huhu., sedih kan?? :-( .. Dah nasib badan.... Takat ney je la. Nanti aku jejak blog ampa noh. 
***Nak pesan sama la untuk blogger-blogger, bila tinggal jejak tu tinggal LINK ampa yang betol ye, senang aku nak jejak ampa semula :P .. Thanks semua sebab sudi follow blog yang bucuk ney ye :D ., Sayang ampa sume .. Muaaxxx :P .. Hahahaha., Tata., Salam ヅ
p/s: Tak sabar turn aku pulak.. InsyaALLAH.. cooming soon :) . pray for me k.


TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Saturday, 13 October 2012

ヅ Lama ke?? ヅ

ヅ Hai blogger!!!.. Baru aku nak update., hehe.., Lama ke aku tak update?? Biasa la., buzy sket, tak banyak pon.. Hehe..
to "aieDy".. Ney anis dah update., :D .. Tak tau nak update pe..
Layan pic lepas balek keja lak deh :P
Layannnnn., Hahahahaha., kbye ヅ


TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Wednesday, 10 October 2012

ヅ Bosan vs Boring ヅ

ヅ Hahhh???? Camne tu??? Hahaha... Aku dah tak betol :P
*
*
*
*
ヅ



TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Monday, 8 October 2012

ヅ Tasik PINK vs Sungai HIJAU?? ヅ

ヅ Macam pelik je PINK dan HIJAU tu kan.. Dah jelas-jelas pink tu my febret color kan. Hahaha. Sini aku nak kongsi siket. Kat mana tu ha??? Ok.. Jom>>>>
Tasik Pink atau dikenali sebagai Tasik Retba terletak di utara semenanjung Bab Vert Senegal iaitu di utara timur Dakar. Ia dinamakan sedemikian kerana airnya yang berwarna merah jambu.Fenomena ini disebabkan oleh kombinasi sejenis bakteria iaitu Cyanobacteria yang terdapat di dalam air dengan kepekatan kristal garam yang tinggi.
Warna ini jelas kelihatan semasa musim kering. Tasik juga dikenali untuk kandungan garam yang tinggi, seperti Laut Mati, dan ini membolehkan orang ramai untuk terapung dengan mudah.

Camne??? Menarik tak??? hehe..
Sumber: laman kongsi
dan
******
Sungai ini terletak di Goldstream Park, Kanada. Menurut Kementerian Alam Sekitar tempatan, terdapat satu tindak balas kimia di dalam air yang dikenali sebagai "Fluorescein" menyebabkan air sungai tersebut kelihatan berwarna hijau, namun bahan kimia tersebut tidak mengandungi toksik dan tidak menjejaskan habitat semula jadi di kawasan sungai tersebut.
Macam-macam kan?? Nasib la sungai ney tak bahaya. Pada penggemar sungai,. Jom pakat-pakat mandi.. Hahahaha ヅ
Sumber: klik-aje







TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

ヅ Masterchef ヅ

ヅ Baca tajuk atas tu :P ., Kenapa dengan Masterchef??? Haa., ney nak habaq mai ney. Mesti ada antara blogger semua yang minat Masterchef ney kan. Termasuk lah aku. Aku ney peminat setia. Tapiiiiiii... Haaa., Panjang tol tapi. Awat ntah musim kali ney tak best dan tak menarik minat aku langsung ea berbanding musim lepas.
Kenapa musim ke 2 ney aku tak minat??? Sebab, Kalau ampa semua perasan la kan. Tak dak teamwork, tak kreatif, dan yang paling aku tak suka sebab depa semua ney saling kutuk dan tak suka sesama sendiri, tak dak sokongan antara satu sama laen. Tol tak??? Tu yang aku perasan la.
 
Aku minat musim pertama sebab depa saling beri sokongan, kreatif, banyak idea dan juga ada teamwork. Depa lebih ceria berbanding yang musim ke 2. Aku harap musim kali ney lebih kreatif la.
Tengokkk., Dr.Ezani yang menang. Aku bangga sebab perempuan. Dia kreatif dan peserta-peserta yang laen pon kreatif berbanding yang ke 2.
Haaa.. Masterchef Selebriti Malaysia pon aku minat. Sangat minat sebab kreatif. Banyak idea.
Walaupun ada gaduh-gaduh mulut tapi depa tetap teamwork kan.. I like it :) .
Dato' Fazley juara. Lelaki pon lebih kreatif :)
Ok la.. Tak nak komen banyak, aku pon nak jadi masterchef gak la satu hari nanti walaupun kat rumah untuk suami. Insyaallah ヅ
ヅ






TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK