Muzik-Muzik

Status Terkini

Online tak menentu.. Harap maklum.. ^_^

Followers

Mai Tinggai Jejak Sini

Teman Blog

Saturday, 6 October 2012

ヅ Sebelum dan Semasa ヅ

ヅ Tak nak taip banyak.. Just nak kongsi saja , sebelum dan semasa aku demam. :P
Time ney kuar jejalan, kena ujan panas
Dah abis jejalan, singgah umah tok :P
Dah dapat penyakit dah pon XD 
Ok... ney otw nak g klinik.. amacam??? :P
'
Ney ubat yang aku dapat.. Besar kan??? Aku makan yang kecik je la., hahahaha.. Terbaek kan???
P/s: aku dapat MC dah ヅ



TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

ヅ Fever and Flu Again ヅ

ヅ Hari aku tak g keja ada sebab. Dah kelmarin aku off day. Hari ney aku tak ley g keja, demam. Ye la dah kena hujan then kena panas. Cuaca tak menentu kat cney. Dapat la penyakit. Satu hal lagi aku tak kan makan ubat. YEEEE .. TAK kan makan ubat.. Aku ambik MC je.. hehehe..
Semoga aku cepat sembuh walaupun tak nak makan ubat..
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) ヅ


TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

ヅ Pemergian Arwah Adik Yasmin ヅ

ヅ Kat cney aku nak kongsi siket cerita pasal arwah dik yasmin ney. Walaupun aku tak pernah kenal dia, tapi aku pernah pergi tempat dia excident. Memang menyayat hati. Arwah bersama-sama dengan kawan arwah. Semua meninggal di tempat kejadian. Ampa pernah terdengar or terbaca kisah ney? "Tiga sahabat maut". Cerita mereka keluar akhbar Harian Metro, Kosmo, Sinar. Ok aku nak cerita part aku.
***
Time aku balek keja, aku teros balek rumah. Aku tak perasan pulak yang excident ada kat depan tu. Bila dah sampai rumah kawan sekerja aku text, cakap ada excident kat depan taman langkawi. Aku bagitahu ayah, then ayah nak pergi, so aku nak ekot jugak. Bila aku sampai sana, aku cuma lihat motor hancur, enjin terpelanting dan aku nampak darah kat tempat kejadian. Emmm, tempat tu memang bahaya siket. Ye la dah turun bukit pastu trafic light. Kereta semua laju-laju. Apatah lagi malam. Mereka ney naek satu motor tiga orang, mereka nak u-turn tapi ALLAH lebih sayangkan mereka. Van hotel laju teros langgar mereka. semua arwah terpelanting jauh. Aku dapat bayang macam mana kejadia tu berlaku. Aku sedih tengok tempat tu. Ada cina tu sembang dengan ayah aku, dia kata ney sejarah. Tak pernah lagi ada excident mati sampai semua orang. Semua arwah muda-muda lagi. Arwah bernama Yasmin J Hunwick dan sahabat arwah yang turut meninggal ialah Nur Ainaa Afiqah dan Nur Hazwani. Kebetulan arwah dik hazwani ney anak sedara kak kat tempat keja aku. Apa-apa pun mari kita semua sedekah Al-Fatihah untuk arwah... Aminnn..
Nak maklumat lanjut like page TerritoryYasminJHunwick[FB]
dan pergi Blog Arwah Yasmin
atau pun nak pergi ke blog-blog laen yang menuliskan kisah-kisah arwah msmypalestine.blogspot.com dan initentangaku-initentangaku.blogspot.com..
Ok laa., aku kongsi setakat ney je... Semoga arwah ditempatkan dengan orang-orang yang beriman dan dicucuri rahmat... Al-Fatihah.... Aminnnn ... ヅ


TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Wednesday, 3 October 2012

ヅ Sometime those incident make us realise how important our life are ヅ

ヅ Mungkin tertanya-tanya kenapa aku buat entry camney kan..., sebenarnya kadang-kadang kejadian yang dah berlaku mesti la kita lalui kan??? Dan kita sedar bertapa pentingnya kehidupan kita ney... Dan buat apa kita nak bermusuh-musuh, buat apa ada musuh dan nak cari musuh.. Past is past, u are right dear.. Kita hidup kat dunia ney sekejap je,. Kita maaf la kesilapan dan kesalahan apa yang dia lakukan dan kita juga perlu lah mohon maaf atas kesalahan kita lakukan.., Sedangkan nabi maafkan umatnya, kenapa kita tidak???
"i hope you are useful girl in the world"
Ayat kat atas tu aku tak kan lupa sampai bila-bila.., masuk tahun ney dah 7 tahun ayat ney masih dalam otak kepala aku... Kisahnya bermula salah faham.. Aku tak nak besar-besarkan hal tu tapi sifat cemburu ada dalam hati aku.. Tanpa aku fikir panjang, aku tak soal siasat dulu. Aku tak pakai helmet p serang dia. Aku tak fikir yang dia kawan aku time tu, yang aku fikir, aku marah dan cemburu sangat.. Tapi bila fikir-fikirkan sekarang memang tak guna bergaduh dan bermusuh dengan kawan.. Aku sebenarnya dah lama maafkan dia dan tak nak bermusuh sedikit pon dengan dia atau sapa-sapa kat dunia ney.. Sepatutnya kita ketepikan pasal masalah tu dan bincang tanya elok-elok.. Emm.., aku pon silap dulu..
Lepas kejadian tu, aku tak pernah tegur dia sampai la 2/10/2012.. Emmm, kejadian ney berlaku last year.. Lama jugak tu aku tak tegur dia., Dua jam yang lepas aku mula tegur dia., Alhamdulillah dia maafkan aku,. "past is past, sometime those incident make us realise how important our life are. Buatpe nak musuh lama-lama. Dah lama aby maafkan anis".,
Dah lama aku nak tegur dia tapi biasa la, takut dia masih simpan dendam or what kan.. Sebelum ney aku kerap mimpi aku terjumpa dengan dia dan kami mintak maaf dan berbaek semula.. Memang la hidup tak tenang bila ada yang tak selesai lagi.. Syukur Alhamdulillah kami berbaek semula pada 3/10/2012..
Aku kenal dia masa aku form3 umur aku 15tahun[2005] sekarang 22tahun[2012] Lama kan???  Satu sebab tu la aku tak nak gaduh dengan dia. Time tu parents aku hantar aku p kem time cuti sekolah. Biasa la cuti sekolah macam-macam aktiviti dianjurkan. Parents aku hantar aku p "summer camp" kat sekolah teknik dekat cney. Berapa hari tu aku tak engat la. Time tu aku segan malu sangat-sangat sebab tak kenal sapa-sapa. Tambahan aku pulak si pemalu tak bertempat. So kat sana aku dapat kenal kawan dari macam-macam sekolah. Aku mula rapat dengan dia. Aku dok tengok muka dia dengan kawan aku time kat sana [kawan aku tu pon dah lost contact]. Dia sekolah laen dan aku sekolah laen. Bila form4, dia pindah sekolah aku. Walaupun kami tak rapat tapi kami masih senyum, ye la dia dak pandai.. :) Dia ney aku puji la sebab dia comey, pandai. Dia pulak bakal jadi cikgu. Aku doakan dia semoga berjaya dalam bidang yang dia ceburi. Aminnn.. Aku harap perkenalan dan persahabat kekal sampai akhir hanyat... Insyaallah.... Aminnn...
***p/s: jangan tau serbu noh, tanya dan bincang dulu apa yang patut. jangan cemburu tak bertempat. hargailah kawan dan jangan putuskan atau tinggalkan sahabat kawan teman yang kita kenali .. kerana dunia ney hanya lah sementara so hargailah pemberian ALLAH.. TQ ヅ
 
maaf curi pic awak
tak wat pape pon juz dlm blog je
ヅ

TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Monday, 1 October 2012

ヅ Tak Boleh Tido ヅ

ヅ Adoiiiii.. Awat ntah hari ney aku tak ley tido... Emm., Pas subuh teros tak ley nak lelap mata,..
nahhh... Doa waktu pagi ヅ
***bosan..boring..emmmmm

TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Saturday, 29 September 2012

ヅ Jantung Luruh ヅ

ヅ Haa,. macam mana tu jantung luruh??? Mesti la ampa semua penah lalui atau rasa kan... Bila ampa lalui mesti ampa rasa nak nanges je.. Aku pun rasa macam tu jugak.. Nak tau pe sebab??? Kejadian ney berlaku time aku otw balek dari keja, aku singgah stesyen minyak,. Mestila nak isi minyak kan.. Okkkk., Aku parking belakang keta akak tu.. Aku nampak ada sorang laki datang dekat keta aku, siap bawak tempat dok lap cermin tu, aku engat pekerja situ tapi napa dia pakai macam tu. Ahhhh... Aku abaikan je, tapi aku tak turun keta lagi, aku takut.. Dia dok lap cermin belakang,. Aku turun nak g bayar, aku cabut kunci tapi aku tak kunci [biasa-biasa aku tak pernah cabut kunci]. Akak tu tegur dan beringat-ingat, lalu aku kunci terus aku g bayar. Otw aku nak mai kat keta, laki tu dok lap-lap lagi. Dalam hati ney...[awat yang dia tak blah-blah lagi ney]. Aku buat bodo je, aku bukak tudung nak isi minyak tu. Mata laki tu dok tengok purse aku dah, last-last aku pusing p tempat depan keta aku, aku letak purse kat bawah tempat duduk then aku kunci keta semula aku p boh minyak. Dia dok tengok-tengok aku. Aku kata la... [tepiii, nak boh minyak, p lap kat keta orang laen]. Lalu dia kata kat aku [awat berlagak sangat, kalut nak p mana]. Yang aku ney dah macam orang tak betul lak.. Boh minyak dah tak masuk lubang.. Dah darah berderu abis ngan jantung nak lucut.. Sapa tak takut kalau jadi macam tu kan. Boh minyak tak lepas-lepas asyik tersangkut-sangkut je sebab dia dekat sangat dengan aku. Tup-tup kak keja kat stesyen minyak tu mai arah aku. Dia kata [ang p main jauh-jauh, dok kacau orang buat pe]. Laki tu jawab [satgi la]. Aku macam nak nanges dah.. Bukan pe, aku cuma bayang dia pegang pisau.. Tak pasal-pasal dia tikam aku ke apa. Laki tu tak blah-blah lagi. Jantung aku tak payah kata la, laju gila.. Hahahaha... Takut la wehhh... Bila laki tu blah aku tanya kak tu,. [awat dia tu?]. [Dia tu nak duet la tu, dok isap gam]. [Owhhh.. Tu motor dia ke?]. Sebab dia p jalan kot area motor sapa ntah. [Bukan la, dia dok main area-area ney]. Dah siap pon boh minyak. Aku terus masuk keta. Dalam hati "Ya Allah..., terima kasih tak jadi apa-apa kat aku". Aku blah terus balek rumah... Dok bawak keta tu dah tak keruan dah.... Fobia sampai sekarang.. huhu..

***moral kat cney.., kena kunci keta bila turun dari keta dan purse tu kena bawak elok-elok ...
TQ ヅ


TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Wednesday, 26 September 2012

ヅ Lunch ヅ

ヅ Tak nak cakap banyak....., Time lunch... Nahhhh., Tak sedap jangan kutuk., sedap komen., hahaha
masih dalam kuali lagi tu., hahaha.., ヅ



TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK