Muzik-Muzik

Status Terkini

Online tak menentu.. Harap maklum.. ^_^

Followers

Mai Tinggai Jejak Sini

Teman Blog

Monday, 10 September 2012

ヅ Buatmu Bakal Zaujku ヅ

ヅ Kehadapan bakal suamiku yang aku sendiri tidak tahu siapa kamu;..
 
Kumulakan bicara ini kepada kamu dengan menyebut nama Allah yang Agung. Maha Suci Allah yang menjadikan aku dan kamu, lelaki dan perempuan. Sebenarnya aku agak canggung untuk menulis tinta ini buat kamu. Ya, siapa pun kamu yang telah ditakdirkan Allah untukku, aku bersyukur seadanya, mengurniakan kamu padaku pada suatu masa yang telah Allah tetapkan.

Aku sedang menjaga hati ini hanya untuk kamu yang aku sendiri tidak tahu siapa. Aku sedang menjaga diri ini untuk yang sah memiliki. Aku juga berharap yang sama dari kamu. Maka, aku tidak akan seenak-enaknya memberi senyuman manis kepada lelaki-lelaki lain. Aku juga tidak mungkin menyerahkan cinta dalam hati ini yang masih tersimpan rapi untuk kamu yang aku tidak ketahui siapa.
Pertamanya, aku mohon maaf secara terbuka, andai episod semalam pernah menyaksikan kecundangnya aku dalam bab cinta. Baru aku sedar, aku tidak pernah memberikan cinta kepada mereka, aku menipu diri sendiri. Yang pastinya, aku tidak pernah jujur. Aku bilang aku cinta tapi sebenarnya tidak; mungkin kerana keseronokan semata. Aku mohon maaf untuk itu andai kesucian hati sebelum ini pernah dirobek.

ヅ Kamu yang tidak ku ketahui siapa;
 
Aku cuma menginginkan kamu sedang dalam persediaan. Aku tidak kisah siapa pun kamu, yang penting kamu belajar. Menambahkan ilmu pengetahuan di dada, agar suatu hari nanti kamu boleh mengajar anak-anak kita dengan ilmu kamu. Aku tidak suka lelaki yang membuang masanya, berhabis masa bermain game PS2, atau chit chat kosong semata, atau hobinya melepak di warung-warung kecil di tepian jalanan. Kerana aku mementingkan ilmu sebagaimana aku sedang berusaha untuk meraih ilmu kini.

Aku juga mahu kamu yang tidak ku ketahui siapa kuat untuk berjaga malam demi merebut kasih Allah. Aku ingin, setelah pernikahan kita nanti, malam-malam kita diisi dengan tahajud cinta kepada-Nya bersama. Aku sangat menginginkan detik ini kerana aku sangat sukar melakukannya sendirian. Dan aku sangat mahu engkau yang menjadi imam pada setiap solat-solatku. Tolong tunaikannya...
Aku pasti sangat bersedih andai aku bisa dibuka hijab untuk melihat perlakuanmu kini, pemakaianmu, dan akhlakmu. Entahlah, dari dulu sehingga sekarang, aku sukar menerima lelaki yang memakai seluar pendek sehingga menampakkan aurat mereka. Aku sedang menjaga auratku juga dari terlihat oleh orang yang tidak sepatutnya, yang bukan halal bagiku. Aku sangat dukacita andai kamu yang aku tidak tahu siapa mudah patah hati dalam perjuangan menegakkan syiar di jalan Allah. Aku tidak mahu kamu mudah berputus asa, kerana aku akan sentiasa mendoakan kamu yang aku sendiri tidak tahu siapa sentiasa bersemangat menjulang panji-panji agama. Semoga kamu bisa menjadi seperti Asadullah.
Maafkan aku, jika sebelum kita bertemu ini, akhlakku masih pincang, kata hati sering diikuti. Kerana itu Allah belum menemukan kita, kerana kita masih dalam perjuangan; perjuangan memburu cinta Illahi. Agar kasih kita suatu hari nanti bersandarkan kasih-Nya.

ヅ Bakal zaujku,
Aku sangat takut untuk mengharungi dunia ini seorang diri. Aku takut melihat jatuhnya akhlak remaja kini, aku takut andai aku terjerumus dalam semua itu. Aku juga khuatir melihat dunia kini semakin usang untuk didiami kerana tandusnya akhlak muda-mudi. Dunia kita kini jauh beza, dunia kita tidak sama dengan dunia Islam dahulu. Tiada lagi pemuda seperti Sultan Muhammad al-Fateh yang menakluk Kota Konstantinopel pada usianya 22/23 tahun. Kiranya, aku pernah minta kepada Allah, agar Dia mengirimkan engkau secepatnya kepadaku agar aku dapat berlindung kepadamu tapi aku tahu kamu masih dalam proses membina diri, maka aku tidak mahu mengganggu fokusmu.
Yang paling penting, semoga engkau dapat menghormati kedua orang tuaku dan anggap mereka sebagai orang tuamu juga. Kasihilah mereka dan aku minta agar aku dapat berbakti untuk mereka walaupun tanggungjawabku akan beralih padamu suatu ketika.

Aku tidak tahu; sama ada bakal zaujku yakni kamu ini apakah aku kenal atau pun tidak. Siapa pun kamu aku terima seadanya, cuma aku mohon semoga kamu punya iman dan agama untuk membimbingku suatu hari nanti apabila tiba masanya saat kita dipertemukan Allah. Maafkan segala keterlanjuranku sepanjang hayatku sebelum kita dipertemukan; iaitu saat ini.
Akhir kata, semoga Allah melindungi kamu dan aku walau di mana pun kita berada. Semoga Allah lah yang akan menjadi urusan utama kita pada setiap ketika, semoga syiarnya kita bisa perjuangkan walau di mana jua kita berada. Aku berharap agar imanmu sentiasa sihat. Insyaallah, aku akan cuba sedaya upaya untuk menjaga diriku sebaik mungkin. Hidupku cuma ada Allah, dan itu keyakinanku. Semoga kita dipertemukan oleh Allah pada masa yang telah Dia tetapkan untuk kita. =)
""Aku tidak meminta kesempurnaan dari kamu, aku cuma meminta persediaan dari kamu untuk bersedia membimbing dan dibimbing, mentarbiyah dan ditarbiyah serta mendidik dan terdidik.""
Semoga Aku dapat Menemukan Pemilik Tulang Rusukku yang mampu menjadi Nakhoda Bahtera Kami.. Semoga dikurniakan keluarga yang bahagia.. InsyaAllah Ketentuan itu Pasti Muncul Jua..Amin..

sumber: RAUDHAH:)

TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Saturday, 8 September 2012

ヅ MySelf ヅ

ヅ "..I'm Just Human Being,, Not the Special One,, but I'm the Limited Edition.."
ヅ
sumber:  RAUDHAH :)


TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Friday, 7 September 2012

ヅ Mencari dan Menerima ヅ

ヅ Ya Allah, jika aku jatuh cinta, jagalah agar cintaku padanya tidak melebihi cintaku padamu, Ya muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkan aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padamu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu, Ya Rabbulizzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang  yang merindui syahid dijalnmu, Ya Allah jika aku menikmati cinta keksihmu, janganlah kenikmatan itu melebihi indahnya bermunjat di sepertiga malam terakhirmu. Ya Allah, engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah terhimpun dalam cinta padamu telah berjumpa untuk taat padamu, telah bersatu dalam dakwah padamu, telah terpadu dalam membela syariatmu. Ya Allah,kukuhkanlah ikatnya, kekalkan cintanya, tunjukilah jalan-jalannya, penuhilah hati-hati ini dengan cahayamu yang tidak pernah pudar, lapangkanlah dada kami dengan kelimpahan keimanan kepadamu... :)
eeee.., sweetnye :P



TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Thursday, 6 September 2012

ヅ Angin Senja ヅ

ヅ Time tension-tension keja, bila dapat off.. Aku hanya nak rehatkan badan dan tenangkan fikiran aku.. Ambik angin petang-senja.. Hehehe.. Amacam???

ヅok dah ciap..., nak tido lak.., zzzzzzzzzzz =.="
salamヅ


TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Wednesday, 5 September 2012

ヅ myMUKA buku ヅ

ヅ Ramai yang tanya-tanyakan aku.., "ang tak pakai fb dah ke?".. Errkkk.., aku dah anti-mukabuka sebenarnya =.=" .. yea la., asyik2 kena hack.. Aku betul-betul benci la.. Dah muak ngan semua tu.. Aku belum bersedia nak wujud mukabuku. Tapi aku masih active blog, twitter n skype :) ... Kira ok la tu kan.., ramai kenalan-kenalan lama aku hilang.., Ntah depa masih engat aku ke tak .., sob-sob -.-' ..


NO-FB


TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Tuesday, 4 September 2012

ヅ Banyak Songeh vs Letih ヅ

ヅ Kali ney aku nak update sal tempat keja aku. Macam-macam jadi bila time buzy ney kan. Ada je yang tak kena. Ye la.., customer always right kan.., Kita buat betul salah dimata diorang pulak.. Ada pulak jenis yang suka ubah resepi. Dalam menu laen tapi nak jenis laen. Laen dari orang laen.
 Songeh 1: Tak nak bun burger tapi nak multi-grain bread la. Egg-on-toast pon nak multin-grain bread. Air nak bancuh sendiri, nak yang tu la yang ney la.. Uihhh, kalau ada ramai customer macam ney memang gila dibuatnya..., jemmmmmmmm semua staff situ.
Songeh 2: Ada gak yang tak puas hati, tapi kena tahan jugak la dengan leteran diorang. Pizza ok kata hangit, nak tukar la pe la. Baru order kata dekat sejam dah. Last-last bagi la yang tak berapa nak masak., Padan muka., nak sangat. 
Songeh 3: "Macam mana i nak makan pizza kalau tak dak Tabasco!!!". Siap marah pulak. Bukan apa pon, kami memang dah pack then tak termasuk dalam tu. Memang dia marah sangat sebab tengah lapar kot. Tak dak pon hang makan sampai licin gak eh. Hahaha..
Ermmmm.. ada jugak customer yang tak faham. Ada yang faham, kami respect la customer macam tu. Regular customer ada yang baek hati. Siap bagi duet raya lagi. Kami berterima kasih sangat-sangat. Dia faham keadaan buzy :) .. Letih tu memang la, tak nafikan lagi la. Masuk pagi balek malam. Sakit habis tubuh badan. Kaki ney dah lengoh sangat. Rasa macam nak tukar ambik badan baru. Hoho.. Makan pon tak tentu.
Bila la staff nak betul-betul cukup eh. Dah tak larat buat semua keja. Ambik angkat barang berat-berat. Majoriti staff situ wanita. Caya lahhhh .., Hidup wanita! ヅ
***tengah sakit tubuh ney :-/


TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK

Sunday, 2 September 2012

ヅ Gangnam Style ヅ

 
ヅ Ketika ini lagu & video Gangnam Style sedang hangat di mainkan & di ulang lagi sekali di youtube. Dengan setakat ini lebih 70 juta view sejak di upload pada 14 Julai lalu ternyata seluruh dunia sudah terkena kesan radiasi Gangnam Style.
Seperti kita tahu, ramai peminat sudah membuat video meniru gaya tarian Gangnam Style termasuklah selebriti. Sifat nakal dalam lagu ini mengingatkan saya dengan video Party Rock Anthem oleh LMFO. Dengar 2 3 kali korang dah boleh ingat lirik lagu & melodinya walaupun tak faham apa maksud di sampaikan.
.
Maksud Sebenar Lagu Gangnam Style
.
Seperti yang kita ketahui, Korea Selatan adalah negara Asia dengan pertumbuhan ekonomi yang cepat dan tinggi. Peningkatan standard hidup ini tidak hanya mempengaruhi gaya hidup sebahagian penduduknya. Sebahagian dari mereka akan mula menghabiskan wang yang mereka dapat untuk berburu kesenangan dan barang-barang mewah & di Korea Selatan, tidak ada tempat lain yang diniliai dapat menyamai kemewahan daerah Gangnam, daerah yang menjadi simbol kesejahteraan dan kemehawan di negara itu.
.
Ketika ekonomi naik, daya beli masyarakat juga meningkat. Namun tidak semua orang dapat ikut menikmati kesejahteraan tersebut. Sehingga ketika gaya hidup semakin mewah, orang-orang yang tidak beruntung pula sebahagian terperangkap dalam kehidupan gali lubang, tutup lubang. Mereka adalah orang-orang yang tidak ingin status sosial mereka ‘dipandang rendah’ & sayangnya, tradisi tidak sihat ini menjadi trend di negara Korea Selatan. Buktinya, peningkatan pengambilan kredit penduduk Korea selatan melambung begitu tinggi, bahkan lebih tinggi dibandingkan Amerika sebelum krisis.
.
Di Korea Selatan, ada sebuah lawak mengenai ‘wanita kicap masin’ atau Doenjangnyeo. Istilah ini merujuk kepada wanita yang rela memakan mee segera murah tetapi selalu menikmati kopi mahal seperti Starbucks yang berharga berkali-kali ganda lebih mahal. Maksudnya, wanita-wanita ini hanya mahu mengeluarkan sedikit wang untuk keperluan asas namun berani membayar mahal untuk keperluan tambahan, contohnya meminum kopi. Oleh kerana ramai orang yang sudah ‘menjangkit’ oleh trend ini, kedai kopi menjadi popular dimana-mana, terutama di daerah elit seperti Gangnam. Hubungannya dengan lagu Gangnam Style? Ya, lagu ini diciptakan sebagai sindiran untuk gaya kehidupan tersebut.
ヅ peace yooo ヅ


TERIMA KASIH MEMBACA ENTRY SI KECIK