Muzik-Muzik
Status Terkini
Online tak menentu.. Harap maklum.. ^_^
Followers
Mai Tinggai Jejak Sini
Teman Blog
Monday, 31 December 2012
Thursday, 27 December 2012
ヅ Selamat petang ヅ
ヅ
Wednesday, 26 December 2012
ヅ Sembuhkanlah adik aku ヅ
ヅ "Ya Allah kau sembuhkanlah adikku .. Jauhkan lah dia
dari sebarang penyakit .. Kembalikan dia seperti dulu Ya Allah .."
***warga blog doakan amin cepat sembuh ye, aku tak sanggup
tengok dia lemah,. Bagi dia aktif macam dulu.., sekarang tunggu result darah
kat spital.. Harap-harap dia tak pape.. KAU PERLU KUAT LA AMIN! -_-'
ヅ RINDU U ALL ヅ
*
*
*
*
*
*
*
sekarang muka tangan kaki aku penuh dengan bintik cikMUK.. Terima kasih banyak-banyak la sebab buat LOVE BITE kat aku -_-'... kbye
Monday, 24 December 2012
Sunday, 23 December 2012
ヅ Wedding paksu (faiz+zaza)
ヅ okkk :)
Tuesday, 18 December 2012
ヅ Mohon Pada-Mu Ya Allah ヅ
-Ya Allah bantulah aku untuk terus bersabar.. semoga
jodoh itu milik kami. aku akan bersabar untuk menjadi yang halal baginya,
semoga aku terhindar dari godaan syaitan, aku ingin mencintainya kerana allah..
Bantulah aku ya Allah..
-Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz,
Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji
Allah..
-Sifatku rapuh kerana aku hanya ciptaan Illahi, namun
engkau telah menguatkan diri aku dengan sayangmu. Aku bersabar bersamamu kerana
aku sayangkan hubungan ini. Semoga kita berkekalan..
-Aku sayang padamu dengan kesungguhan dan iman dalam
dadaku... Aku akan rela bersabar, menanti takdir Tuhan andai engkau jodoh yang
terbaik untuk dunia dan akhiratku..
-“aku selalu bersabar, menantikan dirimu,
kerna aku sayang padamu, dengan kesungguhanku..
aku rela bersabar, menantikan dirimu,
kerna hanya dirimu sayang, yang slalu aku rindu..”
-Ya Allah ,kau kekalkanlah kami hingga ke pelamin restu
ibubapa kami amin..
-Ya Allah jadikan lah cinta ku sampai dunia akhirat
kelak, Pertemukan lah aku dengan calon imam ku yang soleh..
-Setiap penantian memerlukan pengorbanan yang memang
perlukan kesabaran....!!
-To some one ..I hope you get well soon..I'm waiting
news from you..
-Sesungguhnya hanya setia yg berpaksikan ikhlas menyintai
mu,telah membuat aku terus bersabar menanti.. Tidak akan sia2 dugaan ini. Walau
kebencian melaut dan kemusnahan hati melangit telah kau pacak kan.. Bagi ku,itu
adalah cabaran,menduga sejauh mana kesanggupan aku terus menyintaimu yg ku
pilih di Raudah!!!
-Ya Allah , dia datang tanpa ku sedari , jujur aku
katakan , kehadirannya hanya sekejap sudah mampu menggamit perasaan dan hati ini
.. Jika benar dia untukku , Engkau satukanlah kami dengan sebuah ikatan yang
sah di sisiMu Ya Allah , insyaAllah :D
:::::::: ikhlas dari sanubari hati yang lemah ::::::
Ney karya dari seorang teman with my picture.. Nice... :) |
ヅ Rindunyaaa kat BLOG aku ヅ
Sunday, 9 December 2012
ヅ Ikhlas Harus Wujud ヅ
~✿..Saya tahu saya tidak cantik, tapi walupun saya tidak
cantik..saya tetap ada KELEBIHAN, kerana saya tidak cantik..maka, saya tidak
mendapat FITNAH dan CEMBURU daripada wanita-wanita lain..kerana saya tidak
cantik, maka..saya tidak mengharapkan PUJIAN dari mana-mana lelaki atau wanita
dan akhirnya kerana saya tidak cantik, saya MENEMUI insan IKHLAS mencintai saya
seadanya..✿~
Saturday, 8 December 2012
ヅ Kebaikan dan Keindahan ヅ
ヅ Bismillah..
Kebaikan tak selalu mendapat perlakuan baik. Kerana mata
lebih melihat kepada SIAPA yang melakukan, bukan APA yang dilakukan.
✿»♥
Unzur ma qoola wa laa tanzur man qoola ♥«✿
Lihatlah apa yang dikatakan jangan melihat siapa yang
mengatakan
Islam itu indah, Islam itu Bijak betapa Allah mengaturnya
dengan sedemikian
rapinya untukmu Ummat Terbaik :) Subhana Allah.. Allahu Ahad
!! Allahu Akbar !
Sunday, 2 December 2012
ヅ Tak Dak Keja Cari Keja ヅ
ヅ
Saturday, 1 December 2012
ヅ PENGANTIN MENINGGAL SEMASA SOLAT ヅ
ヅ Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada
wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya
untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia terdengar azan ‘Isyak dan
menyedari bahawa wuduknya telah terbatal. Lalu dia berkata kepada ibunya: “Mak,
saya perlu ambil wuduk dulu dan solat ‘Isyak “
Ibunya terkejut: “Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu,
untuk melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan oleh
air.”
Tambah ibunya lagi: “Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat
sekarang! Wallahi… jika kamu ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi
kamu.”
Anak perempuannya menjawab: “Wallahi… saya tidak akan pergi
dari sini sehingga saya melakukan solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada
ketaatan kepada mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha Pencipta.!!”
Ibunya berkata: “Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul
dalam majlis perkahwinan sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak hodoh atau tidak
cantik di mata mereka! Mereka pasti akan mentertawakan kamu! “
Sambil tersenyum, anak perempuan itu bertanya: “Adakah ibu
bimbang kerana saya tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha
Pencipta saya? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak
lagi cantik di mata-Nya “
Dia mula berwuduk, dan semua make-up pada wajah telah
hilang, tetapi dia tidak peduli.
Kemudian dia memulakan solat itu dan pada masa dia turun
untuk sujud, dia tidak sedar bahawa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir!
Ya! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud! Pengakhiran
yang besar bagi Muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya! Ramai antara
mereka yang mendengar cerita ini begitu tersentuh!!
Beliau mengutamakan Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai
yang pertama dalam keutamaan hidup beliau, jadi pengakhiran terbaik yang
dianugerahkan oleh Allah pada mana-mana umat Islam yang layak memilikinya!
Dia mahu menjadi lebih dekat kepada-Nya, maka Allah
mengambil nyawanya pada saat di mana umat Islam berada paling dekat kepada-Nya!
SubhanAllah!
Dia tidak peduli jika dia tidak indah di mata makhluk,
asalkan dia cantik pada Maha Pencipta!
Wahai saudari Muslimah, bayangkan jika anda berada di tempat
itu! Apa yang anda akan lakukan? Apa yang anda akan pilih: pujian manusia atau
Maha Pencipta?
Wahai sekelian insan! Adakah kita ada jaminan bahawa kita
akan hidup untuk minit seterusnya? Jam? Atau bulan?!!
Tiada siapa tahu apabila saat mereka akan datang? Atau bila
kita akan bertemu malaikat Maut? Jadi, adakah kita bersedia untuk saat itu?
Wahai muslimah! Apa yang anda pilih: bersantai tanpa hijab
atau dirahmati Allah dengan memakai hijab?
Adakah kita bersedia untuk menemui Allah tanpa hijab?
Para Muslimin sekalian, yang mempunyai “hubungan halal” atau
“hubungan bebas”, adakah kita bersedia untuk menghadapi hari akhirat? Esok?!
Apa yang anda pilih? keseronokan dunia sementara ini atau kesenangan di
akhirat?!
Semoga Allah membimbing kita semua untuk keredhaan-Nya dan
memberikan kepada semua orang yang membaca kisah ini mendapat pengakhiran yang
baik, amin.. ヅ
Subscribe to:
Posts (Atom)